View: 8414|Reply: 72
|
[Tempatan]
EDISI KAU MAMPU: Ikan RM1 sekilo, dua nelayan tampan junjung bakul ikan
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Harga pasaran ikan kembung di negeri ini mencatat penurunan sehingga RM1 sekilogram (kg) berikutan berlaku lambakan akibat musim angin timur ketika ini sejak dua minggu lalu.
Tinjauan Harian Metro di pelantar ikan Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini, mendapati harga ikan kembung dijual antara RM1 hingga RM2 sekilogram (kg) bergantung kepada saiz dan kesegaran menyebabkan pelanggan memenuhi kawasan pelantar itu sejak jam 6 pagi.
Malah, lambakan ikan kembung jenis pelaling itu mendapat sambutan terutama dalam kalangan peniaga restoran dan kedai makan kerana harga yang murah berbanding sebelum ini apabila mencecah sehingga RM6 sekilogram.
Kebanyakan nelayan menganggap ia sebagai rezeki buat mereka kerana hasil tangkapan ikan yang diperolehi setiap hari sejak dua minggu lalu habis dibeli pelanggan.
Peniaga ikan Salmiah Ramli, 50, berkata ikan kembung yang dijual di gerainya mendapat sambutan pelanggan dari luar untuk mendapatkan ikan segar dan harga murah.
Katanya, peniaga juga terpaksa menjual pada harga murah disebabkan lambakan ikan begitu banyak setiap hari kerana ada di kalangan nelayan mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu tan atau lebih ikan sehari.
“Daripada membiarkan ikan busuk atau tidak habis dijual, kami bersepakat menurunkan harga, tetapi tidak menentu setiap hari.
“Kalau tangkapan kurang, harganya tinggi sikit, tetapi jika hasil tangkapan melebihi daripada jangkaan, harganya akan terus turun sehingga RM1 satu kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Nelayan Mahadi Mohammad, 42, berkata hasil tangkapan yang diperolehi tidak menentu dan biasanya nelayan di kawasan itu membawa pulang antara 500 kilogram hingga satu tan disebabkan ikan yang banyak.
Bagaimanapun, katanya, tangkapan udang dan sotong berkurangan menyebabkan harganya tinggi berbanding ikan kembung jenis pelaling dan borek yang melambak di pasaran.
“Keadaan cuaca yang baik memberi rezeki buat kami menangkap ikan sejak awal pagi hingga petang dan ada yang pulang pada waktu malam dengan hasil tangkapan yang banyak.
“Lambakan ikan di pasaran sehingga sekarang membuatkan nelayan memperoleh hasil sangat memuaskan, tetapi tak pasti bila musim angin timur ini akan berakhir,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Baharudin Kadri mengesahkan berlaku penurunan harga ikan yang banyak sehingga ada peniaga terpaksa menurunkan harga sehingga RM1 satu kg sejak musim angin timur ini bermula dua minggu lalu.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan hasil tangkapan ikan mencukupi sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini kerana semuanya bergantung pada keadaan cuaca.
“Setakat ini, kira-kira 8,000 nelayan di negeri ini turun ke laut dan memperoleh hasil tangkapan banyak terutama ikan pelaling yang memberi rezeki kepada mereka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 9:40 A |
|
|
|
|
|
|
|
Murahnya. Itu hari beli rm7 sekg
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah hada ka cerita neh?? |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kembong goreng garing makan dengan nasik panas + kicap
eh.. terasa macam kucing pulak |
|
|
|
|
|
|
|
buat masak singgang pun sodap!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm asam pedas ikan kembong |
|
|
|
|
|
|
|
cari yg sedang2.... goreng, ratah jer time panas2......... |
|
|
|
|
|
|
|
cm_asamkumbang replied at 9-2-2015 01:17 PM
Murahnya. Itu hari beli rm7 sekg
Rm7 sekilo?...
Hari tu aku beli ikan kembung goreng keras kejung sekor rm5..... |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah..sedapnye..mkn tu saje mau tambah 3 pinggan.dah terbayang2 dah ni..
lupa abes pasal diet. hahaha!!
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah try.. apa resepi?
biasa suka goreng saja atau buat sambal, masak kicap, masak berlado atau asam pedas je
|
|
|
|
|
|
|
|
aku klu blk kg beli kembung fresh baru naik..1kg RM4
kelmarin beli sotong baru naik 1kilo setengah RM 11 je...
|
|
|
|
|
|
|
|
sila pergi goreng ikan kembung sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
nelayan tampan tu...dan memang benar2 tampan |
|
|
|
|
|
|
|
ibu_haritz replied at 9-2-2015 03:05 PM
aku klu blk kg beli kembung fresh baru naik..1kg RM4
kelmarin beli sotong baru naik 1kilo setengah ...
Murahnyaaa...ambe beli sutun rm23..sutun besor2 la tp |
|
|
|
|
|
|
|
untuk tidak menghampakan chuolzsss
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tgk lu je..terus mark up rega..
|
|
|
|
|
|
|
|
Meh aku share bahan-bahan dan cara nak memasaknya…
Bahan-bahan:
Ikan kembung (dapat jenis lemak, lagilah sedap)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Suhun (yang macam bihun tu, kalau ada yang tak tauek..rendam dulu)
Ubi kentang (dipotong kiub saiz sederhana, aku masukkan ubikentang sebab kakak suka makan ibi kentang..ermm…jadi ibu-ibu ni memang kalaumasak kena fikir 2 dalam 1)
Cili merah (dihiris)
Asam keping (ikut tahap kemasaman masing-masing)
Tomato ceri
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit sedikit
Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama bawang, halia, dengan ubikentang.
2. Bila dah mendidih, masukkan pula asam kepingdengan suhun.
3. Masukkan garam secukup rasa dan serai yang telahdiketuk.
4. Biarkan sampai mendidih semula, kemudianmasukkan ikan. Tutup periuk dengan tudung periuk, biarkan dalam seminit dua.
5. Bila Nampak ikan dah masak, masukkan sedikitserbuk kunyit untuk bagi warna kuning. Akhir sekali, masukkan tomato ceri danbolehlah padamkan api.
6. Sedia untuk dihidang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|