[size=0.75em]Awie
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie terkilan dengan tindakan isterinya, Rozana Misbun yang membawa lari dua anak mereka ketika kanak-kanak itu berada di sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk melawat anak-anak mereka di sekolah memandangkan wanita berkenaan enggan datang ke rumahnya.
"Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah.
"Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan.
[size=0.98em]
"Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah," katanya kepada mStar Online.
Awie ditemui pada sidang media pelancaran album Wings Live Rockestra @ Istana Budaya dan Aplikasi Telefon Pintar 'Wings Mobile Web' di Istana Budaya di sini, Khamis.
Dalam pada itu, Awie turut mempertikaikan tindakan Rozana yang tidak menghantar dua anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Puteri Qasseh Antasha, 5, ke sekolah sejak membawa lari mereka pada 9 Februari lalu.
|