Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau dikenali E-Jump pada pagi Sabtu kira-kira pukul 4 pagi di USJ 1, Subang Jaya
Menurut laporan Astro Gempak, kedua-dua mereka dikatakan ditangkap di kediaman isteri E-jump, Nor Hasni. Malah hal itu telah disahkan sendiri oleh isteri E-jump.
"Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah."
Pada Disember tahun lalu, Putri Mardiana dan teman lelakinya telah ditangkap khalwat di sebuah kondo Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.
Putri Mardiana bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut sambil mendakwa E-jump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Shah Alam: Pelakon wanita yang pernah ditangkap khalwat dengan suami orang Disember tahun lalu sekali lagi ditangkap khalwat dengan orang yang sama di sebuah rumah di Subang Mewah, Subang Jaya, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pelakon berusia 34 tahun itu yang juga janda beranak tiga.
Katanya, pelakon terbabit ditahan kira-kira jam 4 pagi selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kehadiran mereka di rumah berkenaan.
"Pelakon terbabit bersama pasangannya ditahan mengikut Seksyen 29(1)a&b Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat," katanya kepada Harian Metro, petang ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan pelakon terbabit ditahan penguat kuasa agama di sebuah kondominium di Ukay Perdana, Disember tahun lalu.