CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5142|Reply: 0

MISO: Baebijiang-jeon : Pementasan musical bertema sejarah di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 11-3-2015 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 11-3-2015 03:52 PM


Kuala Lumpur, Mac 10, 2015 : Pada mulanya seimbas pandangan melihat poster dan apatah lagi bila terbaca watak utama bernama Ae-Rang mengingatkan kbel kembali kepada drama Arang & Megistrate lakonan Lee Jun Ki dan Shin Min Ah pada tahun 2012. Namun sebenarnya, ianya adalah berlainan sekali. "MISO : Baebijang-Jeon" yang diterapkan dengan tema wanita yang cantik tetapi sangat bijaksana disamping keindahan seni tradisional Korea di zaman Dinasti Joseon ini tercipta hasil cabisan cerita dari drama musikal sejarah popular iaitu "Love Song from Chunhyang" pada tahun 2010. Dan kesemua pementasan ini adalah dibawah tanggungjawab Jeongdong Theater, Seoul Korea yang merupakan pusat seni dan kebudayaan Korea. "MISO" bermaksud senyuman yang indah.

Bertempat di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pada 8 Mac 2015 telah diadakan sidang media bersama dengan CEO Jeongdong Theater, En. Jeong Hyun Wook dan para pelakon utama "MISO" iaitu Cho Hanul sebagai Ae-rang, Lee Hyuk sebagai Setiausaha Bae, Jeon Jin Hong sebagai Hakim (Megistrate) dan Lee Eunbi sebagai isteri kepada Setiausaha Bae dan juga tukang karut.

Disebabkan pementasan "MISO" ini menerima pujian dan popular di Korea maka Jeongdong Theater ingin memperkenalkan seni dan kebudayaan Korea di mata antarabangsa, tapi sebelum itu mereka ingin memperkenalkan seni kebudayaan mereka di peringkat Asia dahulu. Oleh itu, Malaysia adalah merupakan destinasi kedua mereka selepas mengunjungi Shanghai. Kedatangan ke Malaysia adalah sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac 2015 dengan kerjasama diantara Kementerian Perlancongan Malaysia dan Kementerian Perlancongan Korea yang berpusat di Kuala Lumpur. Mereka juga telah merancang untuk mengunjungi Taiwan yang dijadualkan pada Jun 2015 manakala tahun hadapan mereka akan mengunjungi Thailand dan Singapura pula.

En. Jeong Hyun Wook memberitahu bahawa pemilihan para pelakon, dijalankan dan dikendalikan oleh beliau sendiri. Dan sudah semestinya dengan siri latihan yang padat dalam tempoh yang panjang membuatkan mereka semua menjadi sangat rapat bagaikan satu keluarga. Cik Cho Hanul berkata tanggungjawab yang berat sebagai pendukung watak utama sentiasa berharap akan memberikan persembahan terbaiknya disetiap kali pementasan diadakan. Bagi En. Lee Hyuk pula mendukung watak utama berkata untuk mendapatkan keserasian bersama dengan dua watak utama wanita membuatkan beliau sentiasa berkerja keras demi menjayakan pementasan supaya jalan ceritanya sampai kepada penonton. Cik Lee Eunbi pula, sangat selesa dengan wataknya yang banyak menyanyi dengan cara klasik. Untuk pengetahuan semua cara nyanyian sambil bercerita mengunakan musik ini dikenali sebagai 'Pansori' (판소리).


Seperti kebiasaanya selain nyanyian, tarian kebudayaan rakyat amat diutamakan. En. Lee Hyuk sempat mempersembahkan 'Bichaechum' (부채춤) iaitu tarian yang mengunakan kipas. Disamping itu juga tujuan utama memperkenalkan seni kebudayaan Korea kepada Asia adalah untuk menarik pelancong melawat Korea. Oleh kerana Asia seperti Malaysia sangat popular dengan 'Hallyu Wave' maka walaupun pementasan ini sepenuhnya didalam bahasa Korea, rasanya tidak menjadi masalah besar kepada penonton yang sudah terbiasa dengan bahasa Korea kerana ianya ada persamaan dengan music kpop dan juga drama korea. Dalam masa yang sama juga mereka ada menyediakan 'booklet' terjemahan didalam bahasa english supaya lebih senang dipahami. Pementasan ini juga cuma boleh dilihat di JeongDong Theater sahaja. Sekiranya anda ke Korea dan teringin melihat theater, anda boleh melawat website mereka disini JeongDong Theater in Korea. Semua info juga telah disediakan di dalam bahasa english untuk kesenangan penonton.

Untuk pengetahuan semua pementasan ini yang diadakan di Malaysia adalah secara tertutup. IME Production telah memilih seramai 50 peminat dengan slogan masing-masing bertemakan 'Siapakah wanita yang terpenting dalam hidup mereka'.

Sedikit berkenaan dengan  'MISO'

"Miso: Baebijang-Jeon", adalah berdasarkan dari sebuah novel ketika Dinasti Joseon yang menceritakan kisah lucu dan penuh dengan pengajaran tentang pertemuan malang Setiausaha Bae, seorang yang nakal tapi disukai dengan Ae- rang, seorang wanita yang cantik lagi bijaksana. Setiausaha Bae , yang berkedudukan tinggi dan dihormati telah dilantik sebagai setiausaha kerajaan untuk menjaga seni dan kebudayaan di Pulau Jeju. Dimasa yang sama juga seorang hakim daerah juga telah dilantik dan mereka bersama-sama pergi ke pulau tersebut. Di Pulau Jeju, Setiausaha Bae tidak bergaul dengan pegawai yang menyambut mereka. Sebaliknya, beliau memarahi setiausaha lain yang bersosial dengan gisaengs (courtesans). Majistret mahu menguji Setiausaha Baeyang bersumpah tidak akan tergoda dengan sebarang godaan, maka hakim mengisytiharkan bahawa beliau akan memberi ganjaran lumayan kepada sesiapa yang boleh menggoda Setiausaha Bae. Ae-rang, salah satu wanita Pulau Jeju yang paling cantik, tampil dan berkata dia akan menggoda Setiausaha Bae. Hamba lelaki yang bekerja untuk Setiausaha Bae bersetuju untuk membantu beliau telah membawa Setiausaha Bae di tepi air terjun. Ketika Setiausaha Bae melihat Ae-rang mandi di air terjun dengan serta-merta beliau jatuh cinta dengan Ae-rang. Dengan bantuan hambanya, Setiausaha Bae menyamar masuk ke rumah Ae-rang ini. Disitu berlakulah insiden yang melucukan sehingga membawa pengajaran yang besar kepada Setiausah Bae tentang kehidupan dan pergaulan baik sesama pegawai dan penduduk.





CARI Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada IME Production diatas jemputan media dan memberi peluang kepada kami untuk menyaksikan secara dekan pementasan drama musikal ini. Semoga dimasa hadapan kita akan dapat melihat acara sebegini selain konsert.


Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : Fatin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049440 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list