Joe Flizzow sedar yang lagu BAEK tak layak masuk AJL[hehehe]
Selepas kejayaan penyanyi rap, Joe Flizzow menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 29, ramai peminat yang meletakkan harapan agar hasil ciptaannya berkualiti seperti lagu Apa Khabar.
Tambahan pula dia yang kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Baek’ tidak mahu menjadikan single tersebut sebagai satu perbandingan.
Sejujurnya lagu Baek memang susah untuk mencapai tahap kejayaan seperti Apa Khabar. Tambahan pula Baek sememangnya tidak mampu dipertandingkan di AJL.
“Saya bukanlah seorang yang berniat mencipta lagu hanya untuk menang anugerah. Itu bukan cara saya bekerja.
“Tambahan pula harapan peminat untuk menantikan lagu yang setaraf Apa Khabar tidak menjadi satu tekanan buat saya untuk menghasilkan lebih banyak lagi lagu pada masa akan datang.
“Saya tak nak jadi sterotaip yang hanya akan buat lagu rentak dan jenis yang sama sahaja. Saya lebih suka mempelbagaikan rentak muzik,”
Too phat tidak akan kembali sampai bila-bila kata Joe FLIZZOW
“Buat masa sekarang ini memang tiada perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.
“Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu.
“Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi,” kata Joe yang ditemui pada rakaman Muzik Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas, semalam.
TerBAEK statement nih..
aku mmg pening dengor lagu BAEK nih..
laki aku kabor..skrg senang je org buat lagu..
rentak music mcm org bercakap ala2 malas.....hip hop skit
dah kluar lagu...ahaks..