CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1162|Reply: 0

[Tempatan] 32.7 peratus rakyat Malaysia ambil garam lebih, hidap darah tinggi

[Copy link]
Post time 13-3-2015 07:42 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia atau 5.8 juta orang yang berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi akibat pengambilan garam secara berlebihan sekali gus menjadi penyumbang utama kepada kadar kematian di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, secara purata seorang dewasa mengambil sebanyak 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram atau sesudu teh sehari.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum pada dua tahun lalu mendapati, pengambilan garam adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita dan perkara ini disebabkan kurangnya kesedaran.

“Dalam kajian yang sama, kicap soya didapati menjadi makanan utama yang menyumbang kepada kandungan sodium tinggi diikuti nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng, mi sup dan sup.

“Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka telah mengambil garam secara berlebihan kerana kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya dari makanan terproses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2015 yang bertemakan ‘Makan di luar, kurang masin, pilihan sihat’ di kementeriannya di sini semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059946 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list