CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6432|Reply: 24

Zizan Razak, Lisa Surihani Paling Berpengaruh Raih Lebih 6 Juta Pengikut

[Copy link]
Post time 21-3-2015 12:29 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak meriah populariti luar biasa apabila menjadi artis paling ramai pengaruh di laman sosial dengan jumlah pengikut 6,922,431 orang.

Ia membabitkan tiga laman sosial terkenal iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Pemantauan mStar Online pada Jumaat turut mendapati pelakon Lisa Surihani menduduki tempat kedua dengan memperoleh 6,639,308 pengikut pada ketiga-tiga laman sosial tersebut.

Pelakon yang memenangi Anugerah Bintang Popular 2013, Aaron Aziz menduduki tempat ketiga dengan jumlah pengikut seramai 5,272,265 orang.

Pasangan suami isteri Awal dan Scha Alyahya masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

[size=0.75em]Aaron Aziz menduduki tempat ketiga.


Scha menduduki tempat keempat dengan 4,460,297 pengikut manakala Awal Ashaari menduduki tempat kelima dengan meraih pengikut seramai 4,347,921 orang.

Sebagai artis paling tinggi pengikut,  Zizan Razak, 31, banyak menggunakan medium laman sosial sebagai perantara untuk mendekati para peminat dan berinterasi bersama mereka.

Malah Zizan juga turut mengabadikan gambar bersama peminat di Instagram serta berkongsi gambar ketika menjalani sesi pengambaran filem mahupun drama terbaharu.

Secara purata Zizan mendapat lebih 20,000 like di Instagram dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 1,365 keping gambar di laman sosial itu serta 8,133 status di Twitter.

Zizan, 31, berkata, populariti itu bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan.

"Semua itu adalah rezeki daripada Allah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami dan juga gambar bersama rakan-rakan artis menerusi Instagram.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2015 12:30 AM | Show all posts
Dia juga banyak menggunakan Twitter untuk berkongsi aktiviti harian serta perkembangan terbaharu bersama peminat serta pengikutnya.

Lisa juga dilihat banyak berinteraksi bersama pengikutnya di laman sosial.

Jumlah status (Tweets) yang di muat naik Lisa di Twitter ialah 21,900 manakala  Instagram pula sebanyak 3,849.

Secara purata, setiap gambar yang dimuatnaik Lisa itu mendapat jumlah like daripada 10,000 hingga 30,000 orang.

Lisa Surihani ketika dihubungi mStar Online, berkata, dia tidak menyangka menjadi artis wanita teramai pengikut  di media sosial.

Pada awalnya saya cuma mengikuti peredaran semasa media sosial bermula dengan Facebook, Twitter dan Instagram.

"Sejujurnya saya tidak meletakan sasaran untuk mempunyai pengikut tertinggi di media sosial tetapi terpulang kepada mereka untuk mengetahui perkembangan terbaharu dan saya berharap agar mereka boleh menerima kerja saya," katanya.

Selain itu, Lisa turut menjelaskan media arus perdana juga penting dalam mempromosikan diri dan kerjanyanya selain daripada media sosial.

"Walaupun kita mempunyai media sosial masa kini tetapi media arus perdana juga penting dalam mempromosikan filem serta perkembangan terbaharu kepada orang ramai.

"Media sosial ini digunakan untuk berkongsi perkembangan terbaharu saya pasal kerja serta aktiviti harian yang dilakukan serta memudahkan untuk berinteraksi bersama peminat," katanya.

[size=0.75em]Emma Maembong tersenarai di tempat ke 15.


Lisa turut berhati-hati dalam berkongsi sesuatu  di media sosial kerana dia sentiasa menjadi perhatian umum.

"Saya sentiasa berfikir beribu-ribu kali sebelum berkongsi gambar atau maklumat terkini di media sosial.

"Saya harus memikirkan kesannya kepada diri dan keluarga dahulu sebelum berbuat sesuatu update di media sosial," katanya.

Dalam pada itu pelakon Nora Danish yang meraih pengikut teramai di Instagram iaitu 1,700,000 orang menduduki tempat ke 10 dengan memperolehi 3,534,690 pengikut selepas dicampur ketiga-tiga media sosial itu.

Nora bagaimanapun hanya aktif mengemaskini status di dua laman sosial sahaja iaitu Instagram dan Twitter sementara kali terakhir mengemaskini laman Facebook miliknya pada Oktober 2014.

Berikut ini senarai 15 artis paling ramai pengaruh di tiga laman sosial melibatkan Facebook, Twitter dan Instagram sehingga 20 Mac 2015


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 01:52 AM | Show all posts
rakyat malaysia ade 30 juta orang paling maksimum pun. gigih 1/5 daripada seluruh rakyat malaysia follow zizan

ai follow ajai jah kalau retis. lain2 nan hado ai nak follow
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 01:53 AM | Show all posts
6 juta follower, tapi nape cicakman i dengar kutipan sendu? patutnya 6 juta darabkan dengan 10 hinggit duit tiket, kru patut dah dapat untung 60 juta kv
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
aznil n tok t org plg lama dalam industri tp masih bpengaruh dlm industri... yg lain tggu jela lagi 5-6 tahun.. i believe half of them akan sendu.. lg2 yg nmbo 1 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ahmad_dhani91 replied at 21-3-2015 01:53 AM
6 juta follower, tapi nape cicakman i dengar kutipan sendu? patutnya 6 juta darabkan dengan 10 hingg ...

aah la bru prasan.. cicakman 3 ad zizan n lisa.. dua2 plg ramai followers.. kekdahnye pilem sendu ekk? ekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2015 02:26 AM | Show all posts
Orix replied at 21-3-2015 02:07 AM
aah la bru prasan.. cicakman 3 ad zizan n lisa.. dua2 plg ramai followers.. kekdahnye pilem sendu  ...

mat salleh gigih hulk thor spiderman captain america dengan ironman, malaysia pun nak jugak. buat cicakman hakikatnya citer taraf bangsat jah, superhero lawak bodoh2 bangang sebegitu, ingt orang ramai nak hadap,. yang jenguk pun stok2 rempit buat wyang dalam panggung, jenis nak bakar duit, budak2, tak pun budak2 terencat jah tengok  hello kru kita bukan dizaman 2006 silam citer cicakman bodoh2 tu boleh pungut sampai 3 juta lebih kita tahun 2015 setelah berderet fiem2 bangsat u produce gittew i masih lagi rasa kerugian bayar tiket punya excited nak tengok cicakman tahun 2006 silam keluar panggung kaka tanya best kew, i buat senyum sinis jawab best nak cover malu punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 02:50 AM | Show all posts
tak sangka dah 2015 pun orang main fb lagi

kekadang follower nih bermusim jeh... ikut2 trend gitu...
iols pecaye follower mcm Yuna, CTDK, Aznil lebih setia berbanding follower retis lain mcm emma maembong yg iols ramalkan popular sbb gosip..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2015 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya followers ramai pun tak boleh naikkan kutipan cicakman diorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
1) No. 1, 2 & 3 - selari dgn situasi & perkembangan dunia hiburan skrg.

2) Followers Twitter lebih genuine sebab tiada online seller

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 10:11 AM | Show all posts
orang yang sama jah follow di setiap media sosial..

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tgok artis hollywood followers insta/twitter x byak mne pon. lbih2 lg insta. jrg dok update, tp retis malaysia skit2 update pastu last2 mnta privacy. choii sgat prangai. pstu mne2 award festival x abes2 sruh org follow. xpopular ke smpi nk mention atas stage? konklusinya ade 2, sma ada retis ni trgedik2 sruh org follow , atau org malaysia ni mmg galak hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tkke yg follow kt fb tu org yg sama gak kat ig? Ke yg buat survey ni kenal sorang2 fans artis? Surveyor ni tk thuke rakyat malaysia ni gila social network? Sorang mmpu ada semua network..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 10:29 AM | Show all posts
ahmad_dhani91 replied at 21-3-2015 01:53 AM
6 juta follower, tapi nape cicakman i dengar kutipan sendu? patutnya 6 juta darabkan dengan 10 hingg ...

RM 1.6M dalam masa 7 hari. Slow sgt kutipan. Kalau benarlah Zizan dan Lisa tu hot. 1 hari mungkin dah kutip sejuta.

Maknanya dua2 x hot. Filem pun sendu2 alam jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 11:41 AM | Show all posts
mcm mana boleh jadi 6juta? entah2 org yg sama folo kat ig, fb dan twitter...

ermm.... pape pun tahniah la ramai peminat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orix at 21-3-2015 12:16 PM
net_level replied at 21-3-2015 02:50 AM
tak sangka dah 2015 pun orang main fb lagi

kekadang follower nih bermusim jeh... ikut2 trend g ...


for me fb lg best n berinformasi drpd twitter n insta.. sorry to say, mostly spe gune n utamakan fb drpd twitter n insta usually golongan2 educated.. twitter n insta kt msia ni mostly BBNU je yg attention seeker... even dlu my lecturer cakap ' spe2 yg add sy kt fb tu, kalau update status sejam smpai 7 status tolong jgan add sy.. melainkan kalo status bermanfaat.. kalo stakat nak luah2 prasaan pstu batak like, nak update sejam 10 status pegi bukak twitter, nk upload sejam 10 selpie pegi bukak insta'... ekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2015 02:24 PM | Show all posts
alaaaa followers bkn bg tanah pun...


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 04:05 PM | Show all posts
tak guna follower social banyak tp filem dan album dan rating tv  flop jua

tp nama2 top 10 tu selayaknya lah disitu dan dicalonkan di ABPBH berbanding nama2 yg 'rare' tetiba sangkut kt abpbh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 05:23 PM | Show all posts
Orix replied at 21-3-2015 12:15 PM
for me fb lg best n berinformasi drpd twitter n insta.. sorry to say, mostly spe gune n utamakan ...

fb semak la... kejap2 ubah layout.. takde identiti..
tgk twitter menten jeh dr awal sampai sekarang...
smpai fb tpaksa tukar layout nak ada timeline hashtag bagai..

lagi satu, maybe generasi2 veteran tak reti main twitter, so tak adalah hari2 hadap timeline berita politik la kisah rumah tangga la..
walhal ikutkan twitter lagi simple nak guna.. and had 140 perkataan tu lagi tak menyemakkan.. tu sbb obama pun maen tweet2 jeh..
pada iols la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
net_level replied at 21-3-2015 05:23 PM
fb semak la... kejap2 ubah layout.. takde identiti..
tgk twitter menten jeh dr awal sampai sekara ...

iols semak ngn twitter.. rmai suka retweet x hengat dunia.. penuhhh timeline.. simple lg fb pd iols.. munturi2 n retisss harusss lah bertwitter khenn utk smpaikan perkara2 simple...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.123077 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list