CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42269|Reply: 284

[Jenayah] LATEST NEWS: Dedahan Che Det Berat! UMNO dan PRU 14

[Copy link]
Post time 2-4-2015 01:56 PM | Show all posts |Read mode
UMNO dan PRU 14Apr2nd
2015
3 Comments
Written by chedet

Flash ad ID:37

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.


12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyok sebab ko lupa ko tu dah letak jawatan.:
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:01 PM | Show all posts
skandal yang tiada berpenghujung
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 2-4-2015 01:57 PM
Nyanyok sebab ko lupa ko tu dah letak jawatan.:

Nyanyok la tu pasal lupa janjinya sebelum letak jawatan dulu...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:05 PM | Show all posts
Perghh... ini sudah serupa peluru machine gun yang dia bagi bekal untuk melawan BN...
unless najib letak jawatan dan tak bertanding...dulu dia bagi peluang MB terengganu untuk buat kenduri kawin anak dia dulu sebelum letak jawatan.. so sekarang najib pun dah buat dah kenduri kawin... tunggu apa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:06 PM | Show all posts
ok madey...ank najib dah kawen,F1,LIMA dah habis...boleh sambung hencap royanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2015 02:06 PM | Show all posts
sok dgr plak mb kedah disuruh letak jwtn
rejim najib bermula semula
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:08 PM | Show all posts
Kita tunggu reaksi jawapanya tuan punya badan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin menarik telenovela......
Menunggu komen penjilat tegar bijan
Popcornnnnnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:12 PM | Show all posts
banyaknya yg che det tulis
lps ni nk tgk apa pak jib lak nk bls
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:18 PM | Show all posts
kalau tgk fizikal najib je tak nampak macam gila rete
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
baru ko knl sapa itu type R..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:20 PM | Show all posts
senang gila jd najib. mcm2 scandal terlibat tp dia just buat taktau or jawab "ini bohong,merepet". case closed !
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:20 PM | Show all posts
kalau pok jib kene turun,, sape lak yang naik? Muhyidin? lagi hazaaabbb

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:20 PM | Show all posts
Mahathir PM paling bagus, daripada latar bekalang pun orang susah, sebab tu nak bagi PM, bagi yang latar belakang orang susah, jangan yang ada adik beradik dalam politik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
fatehana replied at 2-4-2015 02:12 PM
banyaknya yg che det tulis
lps ni nk tgk apa pak jib lak nk bls

Knowing bijan yg tak ada tulur tuh,
Selalunya bijan tak komen sesambil buat ala2 bodoh......tapi penjilat tegar bijan akan komen sesambil back-up bijan tahap dewata......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pilot replied at 2-4-2015 02:18 PM
kalau tgk fizikal najib je tak nampak macam gila rete

Sila tgk fizikal kak mah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:22 PM | Show all posts
chedet yg dikata nyanyuk maklumla age 80 lbh mampu tulis segala mala ni..
Yg tak nyanyuk takat mampu sebut nyanyuk je rla
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:25 PM | Show all posts

jawab jgn tak jawab bijan

berani kerana benar

kalau diam maknanya semuanya betul?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:26 PM | Show all posts
EJALTI replied at 2-4-2015 02:22 PM
Sila tgk fizikal kak mah.....

tu la...
wonder jugak why semua sangat tak suka kak mah...jadi kalau tak suka kak mah jgn la bg najib naik..

tp najib tetap jadi pm untung lah kak mah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.080605 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list