CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2680|Reply: 6

[Tempatan] Sebelum Bakar Ayam Kena Suntik Dulu!

[Copy link]
Post time 3-4-2015 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga bazar Ramadan perlu suntikan kepialu
Kepak ayam bakar antara juadah popular di bazar ramadan. Peniaga bazar Ramadan di Negeri Sembilan mungkin perlu mendapatkan suntikan kepialu selain daripada pemeriksaan kesihatan. - Foto hiasan: inginiur.blogspot.com



[size=100%]SEREMBAN, 1 April:
Kerajaan Negeri Sembilan akan mewajibkan pemeriksaan kesihatan dan suntikan kepialu sebagai syarat wajib kepada peniaga bazar ramadan sebagai usaha menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap kesihatan, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata keutamaan diberikan kepada peniaga yang menjual produk makanan.

“Syarat ini untuk kepentingan orang ramai,” kata Mohamad selepas menghadiri mesyuarat exco di sini hari ini.

Peniaga yang berminat dinasihatkan menghantar borang permohonan beserta sijil pemeriksaan kesihatan mereka.

“Selepas itu, pihak berkuasa tempatan yang berkenaan akan menyenarai nama-nama mereka berserta proses mengundi dalam pemilihan individu yang dibenarkan untuk berniaga.”

Tambahnya kerajaan masih dalam pembincangan untuk meletakkan kos pemeriksaan rawatan kepada peniaga atau tidak.


Beliau turut memberi amaran kepada promoter tapak untuk tidak meletakkan harga yang tinggi kepada peniaga.

“Saya sedar ada peniaga yang meletakkan harga tapak yang tinggi, malah ada yang berlagak seperti samseng.”

Beliau menegaskan penguatkuasaan akan diperketatkan tahun ini dan akan mengambil tindakan ke atas salah laku promoter tapak. Tahun ini, setiap promoter hanya diberikan 40 tapak.

“Namun, terdapat syarat di mana promoter dan peniaga perlulah rakyat tempatan dan kami banyak menerima aduan bahawa terdapat orang asing yang berniaga di tapak bazar,” kata Mohamad.

“Sewa tapak juga akan dipantau dan ia tidak boleh mahal berbanding tahun lalu.
“Sekiranya kami mendapat tahu ada promoter yang menaikkan harga, tindakan tegas akan diambil.

“Ini kerana sekiranya promoter menaikkan harga sewa, harga barang di bazar juga meningkat,” katanya dan menambah orang awam akan terbeban dengan kenaikan harga.

Bazar Ramadan yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih, juadah tradisi dan produk makanan lain akan diadakan pada bulan puasa yang jatuh pada bulan Jun, tahun ini.

Di Seremban, kawasan yang terkenal dengan bazar Ramadan adalah di Senawang, Paroi, Sungai Gadut dan beberapa kawasan di bandar.



TRP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2015 09:40 AM | Show all posts
ces,ingatkan ayam yang kena suntik
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 10:03 AM | Show all posts
pastikan pembeli tutup mulut bilo bercakap depang makanan.....tepias liur....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hingin pergi bazaar Ramadan.. Tak semua sedap
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 11:41 AM | Show all posts
EMM . . YANG JUAL KEDAI TEPI JLN AND KEDAI MKN KOBOI TU ADE SUNTIKAN TYPOD TAK
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
pi kursus dlu 3 jam.bru suntik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2015 12:52 PM | Show all posts
KAK NAB BERHAJAT TAK G BAZAR TAUN NI.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
dsdfsdfsdfbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
travel
a.nnad.e.la.crutravel
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40566 Replies : 417
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 13000 Replies : 6
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 33648 Replies : 9
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 13613 Replies : 12
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277858 Replies : 1520
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45343 Replies : 47
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 13270 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 06:19 AM GMT+8 , Processed in 2.163847 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list