CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53136|Reply: 296

[Tempatan] SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!

[Copy link]
Post time 5-4-2015 10:13 AM | Show all posts |Read mode
SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!tun m
on Saturday, April 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa









SEBAB SEBENAR NAJIB DISERANG TUN M

Oleh Lokman Adam

Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M.
Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.
Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.
Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".
Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.
Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.
Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.
Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.



Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".
Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.
Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan.
Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.
Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset.
Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".
Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.


Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.
Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?


P/s:- Tun dikatakan suka suarakan suara hatinya...nah..orng lain pun boleh suarakan suara hati mereka juga...ni baru Lokman Adam...belum lagi yang lain..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2015 10:22 AM | Show all posts
Agenda Sulit Serangan Tun M Terhadap Najib
Saturday, 04 April 2015        Written By Moderator E-mailPrintPDF
1 Komen

inShare





BLOG SALLEH SAID KERUAK - Akhir-akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.

Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Najib. Beliau berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru beliau cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?

Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, beliau menyasarkan kepada Najib. Beliau seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!

Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Najib agar masyarakat percaya yang Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.‎

Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.

Apapun, saya pasti Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Beliau mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.

Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.

Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Beliau menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.

Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.

Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.

Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.

Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.

Yang jelas, pimpinan Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.

Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Najib mengetuai PRU14 akan datang.

Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Beliau mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.

Dari persepsi politik, Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.


* Ini adalah pendapat peribadi penulisPenulis ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak  yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Rakyat News.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 10:26 AM | Show all posts
wut ever the reason given ... Bijan mmg patut meletak jawatan ...
tiada kejayaan Bijan yang betol betol menonjol setakat ini ...
malaysia still survive sehingga ke saat ini pasai ada bangsa tiong kok yang menguasai ekonomi ...
yang membantu boost up ekonomi negara...
kalo ler jumlah masyarakat tiong kok kat malaysia ni minoriti cam indon ...
... negara malaysia akan serupa macam negara Indon ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 10:29 AM | Show all posts
Veteran UMNO : 'Tun M Seperti Diserang Histeria'
Sunday, 05 April 2015        Written By Moderator



KUALA LUMPUR 5 April - Veteran UMNO melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.
‎
"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 



"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden UMNO.

"Beliau dipilih oleh perwakilan UMNO, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan UMNO juga.

"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi UMNO.


" Najib boleh diganti, tetapi UMNO sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli UMNO," ujarnya.

Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir
menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan UMNO dan merugikan Melayu.



"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.

"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.



Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 10:31 AM | Show all posts
najib mmg patut letak jawatan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 11:17 AM | Show all posts
PM tidak perlu jawab 
kritikan Tun M – Ku Nan
05 April 2015 2:19 AM
  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 4 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menjawab sebarang desakan yang dilontarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk dalam isu syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu telah diperjelaskan.

Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kritikan yang dibuat oleh Dr. Mahathir terhadap kepemimpinan Najib dan UMNO disifatkan satu pandangan peribadi tokoh ve-teran UMNO itu.
“Saya tidak lihat sebarang masalah wujud antara Dr. Mahathir dengan Najib. Hanya individu tertentu yang sengaja mencetuskannya. Segala persoalan dan kritikan yang dilontarkan itu telah dijawab.

“Saya tidak perlu komen me-ngenai sebarang peletakan jawatan kerana bagi saya Dr. Mahathir ialah seorang pemimpin yang perlu dihormati,” katanya selepas merasmikan Karnival Peluang Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Sebelum ini, Dr. Mahathir menerusi laman blognya, chedet.cc melontarkan kritikan keras terhadap Najib meramalkan kejatuhan kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, kekalahan UMNO seperti yang diperkatakan Dr. Mahathir hanyalah satu ramalan.
“Pilihan raya sebelum ini juga UMNO diramal kalah tetapi kita mampu menang kerana sokong-an rakyat. Tambahan pula, semua ahli UMNO tetap menyokong kepemimpinan yang ada,” kata-nya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.OI6WFysw.dpuf

P/s;- Yg saya boldkan tu..siapa agaknya?..Daim?..Zainuddin Maidin?..Kadir Jasin?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjilat bijan si macai tua @Anak_Nogori mula membuat serangan ke atas tdm.mungkin inilah yg disebut2 JASA tempoh hari mengenai cybertrooper utk menjawab serangan ke atas bijan.tahniah elaun dah masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 11:26 AM | Show all posts
nampaknya mukris bakal terheret sama krn mulut tun ni..

sama2 kita tengok kesannya nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Misconception as to kenapa mukhriz join.bukan atas kehendak Tun M.siapa yang in the loop would know.udah2 la fitnah mukhriz tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:34 AM | Show all posts
altantuya altantuya altantuya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:39 AM | Show all posts
Najib lebih baik drpd Tun Mahathir sebenarnya.... masalah Najib disebabkan bini dia Rosmah

kalaulah Rosmah tu boleh dibuang, Insyaallah BN akan kembali kuat

masalah berlaku kpd Malaysia sekarang hasil zaman Tun Mahathir juga

Tun Mahathir dah lupa, zaman dialah pembangkang dibelasah teruk2

Zaman Tun Mahathirlah peristiwa hitam Memali berlaku dimana umat Islam sendiri dibunuh
hasil2 Tun Mahathirlah boleh lahirkan golongan LIBERAL dan golongan2 anti hadis
tgk anak dia jadila
kalau soal politik, zaman Mahathir berlakunya dua perpecahan besar, satu pada 1990 dan yg kedua 1999
zaman Tun Mahathir juga banyak juga projek2 rugi seperti Perwaja dll, tak ada bezanya dgn zaman Najib....
jangan lupa krisis ekonomi pada 1997, zaman Tun Mahathir
tak lupa jasa Tun Mahathir yg mengubah sempadan kawasan pilihanraya yg menyebabkan kerusi2 undi Melayu berkurang, zaman Tun Mahathir kerusi Melayu tak bertambah sebab takut kerusi Melayu jatuh ketangan PAS
kalaulah tak dilepaskan jawatan kepada Pak Lah nescaya BN dah lama lingkup

zaman Najib nampak teruk disebabkan undi org Cina, jadi siapa juga yg ditukar sekarang dlm UMNO, org Cina tetap akan berpaling tadah
Najib sekurang2nya dpt menambahkan kembali sokongan org Melayu dan India kpd BN
zaman Najib juga dpt mengembalikan kembali keyakinan pengundi di Sarawak selepas hampir2 dijatuhkan pada zaman Pak Lah

sebenarnya antara ramai2 pemimpin yg ada dlm UMNO sekarang hanya Najib yg berjaya mengurangkan kejatuhan BN, jika digantikan dgn Muhyidin pun belum tentu dpt lakukan sepertimana Najib, apatah lagi pemimpin2 UMNO lain
KJ mungkin boleh menyelamatkan BN tetapi KJ belum cukup mampu utk menjadi PM buat masa sekarang
tgk Mukhriz anak Tun Mahathir pun tak sehebat mana.... apa kejayaan besar Mukhriz di Kedah?

apa yg Tun Mahathir nampak ialah tentang sokongan pengundi kpd BN semata2.....
pola penolakan terhadap BN sebenarnya bermula dr zaman Tun Mahathir sendiri, bukannya salah Najib bahkan zaman Najiblah dia cuba dapatkan kembali sokongan kpd BN, tanpa Najib sebenarnya BN akan lebih teruk jatuh

zaman Najib yg dikatakan teruk sebab apa yg berlaku di Sabah, dan peristiwa kapal terbang terhempas
benda ini berlaku bukan sbb Najib jadi PM, sesiapa pun hatta Anwar Ibrahim jadi PM pun peristiwa ini boleh berlaku

zaman Najiblah diperkenalkan BR1M dan baucer buku, walaupun ramai yg kutuk tetapi sekurang2nya dpt membantu golongan berpendapatan rendah yg dr segi dasarnya tak pernah dpt sebelum ini
jika tak ada BR1M rasa2nya lagi susah rakyat
Najib berani menghapuskan subsidi, zaman Tun Mahathir takut nak buat padahal Tun Mahathirlah yg banyak kali suarakan utk hentikan subsidi

antara kejayaan Tun mahathir adalah memperkenalkan Malaysia kpd dunia.... itulah jasa Tun mahathir tetapi bab2 lain Tun Mahathir fail
soal korupsi dan pembaziran duit rakyat dah lama dah berlaku

apa yg buruk tentang Najib ialah Altantuya dan Rosmah Mansur
dr segi ekonomi, tak ada siapa yg boleh bantu Malaysia dlm masa yg terdekat
kita dah banyak rugi dgn projek2 yg tak banyak memberikan pulangan, kita habiskan banyak duit utk ketirisan
sumber kewangan makin susut
dgn kejatuhan nilai minyak, getah dan kelapa sawit tak menguntungkan kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 12:01 PM | Show all posts
Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".
Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 12:03 PM | Show all posts
Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.

Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.
Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:10 PM | Show all posts
Kalau bukan tun nak sedarkan najib siapa? Sbnrnya org dlm kabinet pun tahu masalah najib ni ..tapi sbb nk selamatkan buntut masing2 dok diam tengok je lah...yg salah tetap salah la.tak kisahlah alau apa pun motif tun beritahu benda ni secara terbuka tapi atleast ia isu yg perlu dijawab.

Sbb isu skandal ni yg dimainkan oleh pembangkang..kejatuhan ekonomi disbbkan faktor  luaran ..ok blh diterima.but isu skandal ni faktor peribadi najib kot...dan sbg PM mana dia blh buat muka sardin je tak nak jwb.aku tgk najib ni jaaaaarang sgt buat sidang akbar yg mana wartawan blh tanya openly pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:11 PM | Show all posts
Tun M tak percaya dgn tuduhan si Ketum itu gay tu yang ambil masa sampai lah pemandu ketum buat pendedahan.

Apa apa pun banyak soalan yang Najib kena jawap. Kalau dah bagi jawapan atas setiap soalan yang ditanya oleh Tun baru lah boleh tau Najib tu layak jadi PM or not.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:14 PM | Show all posts
begitula sayangnya org tua nogori terhadap tuannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2015 12:16 PM | Show all posts
saya x kenal dgn najib...tapi saya berjaya memalukan beliau ketika beliau melakukan lawatan rasmi di JB brp tahun dulu slps mnjd PM...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:16 PM | Show all posts
Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.


see......sapa pelahap sabsidi sebenarnya? belakang yg kena tuduh kuat tongkat melayu2 marhain. Marhain dapat brim seciput aje riuh sekampung macam boleh bangkrap negara. Nampak benor kehipoan cacai cacai urben sendri pelahap sabsidi tadak meritokrasi tak sadar diri.......ekekekeke......
Itu IPP berapa banyak  melayu punya? cacai2 tau makna trikel down efek dak?......keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia undur bagi paklah naik... hampeh....lepas paklah najib pula... pon hampeh jika tidak lebeh... so what kalau nak bagi laluan utk mukhriz pulak? Pembangkang jgn seboklah sebab anwar buat gitu.. lks buat gitu... karpal pon buat gitu...
The thing is these people namely paklah and najib were given the rare opportunity and time to prove their worth.... yang derang dok pegi handed the position and confidence given... on a golden platter to the son in law and big haired wife sapa suruh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
wut ever the reason given ... Bijan mmg patut meletak jawatan ...
tiada kejayaan Bijan yang betol betol menonjol setakat ini ...
malaysia still survive sehingga ke saat ini pasai ada bangsa tiong kok yang menguasai ekonomi ...
yang membantu boost up ekonomi negara...
kalo ler jumlah masyarakat tiong kok kat malaysia ni minoriti cam indon ...
... negara malaysia akan serupa macam negara Indon ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058200 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list