Michael Slager, pegawai polis Amerika Syarikat yang menghadapi tuduhan membunuh. (Gambar: AP/Charleston County Sheriff's Office)
SOUTH CAROLINA: Seorang pegawai polis di Amerika Syarikat menghadapi tuduhan membunuh. Bukti dalam bentuk rakaman video menunjukkan Michael Slager menembak seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata.
Video itu dirakam orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. Ia menunjukkan adegan perkelahian antara Michael dan Walter Scott.
Apabila Encik Scott cuba melarikan diri, Michael menembaknya sebanyak lapan kali.
Perkelahian bermula apabila Encik Scott ditahan polis kerana lampu belakang keretanya rosak.
Keluarga mendiang Scott bersyukur kerana video itu boleh dijadikan sebagai bahan bukti.
Sejumlah kes pembunuhan lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata oleh pegawai polis berkulit putih mencetuskan bantahan di merata Amerika dalam beberapa bulan kebelakangan ini.