CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9825|Reply: 96

[Tempatan] Industri Seni Malaysia Dirundung Malang?

[Copy link]
Post time 13-4-2015 01:41 PM | Show all posts |Read mode
                                                                            Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.                                                                     

[url=]
[/url]                 




[DIKEMASKINI] BIASANYA, penerbit filem mahupun album tempatan akan meraih keuntungan utama menerusi kutipan tiket atau jualan produk mereka yang ditayangkan serta diedarkan di seluruh negara.

        Kemudian, hasil keuntungan itu pula akan dikaut menerusi jualan terus atau hak cipta kepada stesen-stesen televisyen yang mana ia biasanya disiarkan ketika musim-musim perayaan.

        Bahkan, penerbit filem khususnya dapat meningkatkan jumlah keuntungan itu dengan menerbitkannya menerusi format cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) selepas kira-kira tiga bulan ditayangkan di pawagam, sekali gus memberikan lebih pilihan kepada penonton.

        Bagaimanapun, kini strategi perniagaan menerusi VCD dan DVD menerima tamparan hebat apabila ia menjadi mangsa laman-laman web yang tidak bertanggungjawab.

        Sudahlah dirundung keresahan akibat masalah cetak rompak yang bagaikan tiada kesudahan, kini sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, semakin banyak pula laman web yang menyediakan kemudahan muat turun secara haram sama ada untuk filem, album ataupun lagu-lagu tempatan.

        Apa yang lebih membimbangkan, kewujudan laman web tidak sah ini juga boleh diumpamakan sebagai lanun cetak rompak, bezanya ia beroperasi secara digital atau maya.

        Hakikatnya, muat turun filem, album atau lagu daripada internet tanpa kebenaran daripada penerbit atau pemegang hak cipta sesuatu produk itu merupakan suatu kesalahan besar yang tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987.

        Sedikit mengenai sejarahnya, muat turun muzik dan dan filem telah bermula sejak teknologi telefon bimbit 2G atau 3G mula diperkenalkan di Malaysia pada penghujung 1990-an. Sejak itu, ia berkembang dengan pesat seiring dengan kecanggihan teknologi komputer dan telefon bimbit.

        Senario ini ternyata menimbulkan 1,001 rasa tidak enak dalam kalangan penerbit kerana terpaksa menanggung kerugian ekoran keuntungan yang sepatutnya diperoleh terjejas teruk akibat daripada permasalahan tersebut.

        Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menerusi laman web rasminya, menunjukkan purata kutipan filem tempatan semakin menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun iaitu RM2.2 juta (2010), RM2.6 juta (2011), RM1.3 juta (2012), RM1.2 juta (2013) dan terus menurun sehingga RM0.89 juta pada tahun lalu.

        Tidak hanya industri perfileman, industri muzik turut menimpa nasib yang sama.

        Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), penjualan melalui medium fizikal seperti kaset, cakera padat, VCD dan DVD pada 1996 membawa keuntungan sehingga RM315 juta sebelum menurun tahun demi tahun iaitu RM200 juta (2000), RM108 juta (2002), RM97 juta (2005), RM69 juta (2007) dan RM56 juta (2009). Keuntungan itu semakin merudum sejak lima tahun kebelakangan ini iaitu hanya RM20 juta.

        'Malapetaka’ yang menimpa industri perfileman dan muzik kini, semakin kronik dan perkara itu diperakui penggiat seni sendiri sehingga menimbulkan pertikaian dan ketidakpuasan dalam kalangan karyawan terutama penerbit berhubung perkara ini.

        Bahkan, sekiranya tiada pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan bagi membendung jenayah siber ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada penerbit industri perfileman serta rakaman album.

        Malah, peminat juga mungkin tidak berpeluang untuk menikmati lagi karya-karya yang lebih bermutu pada masa depan jika penerbit kekurangan modal atau keuntungan bagi menerbitkan produk seterusnya.

Wujudkan unit tindakan khas: Karyawan

        Pada 2011, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pernah tampil menunjukkan sokongan terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat beberapa laman portal yang menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.

        Ketika itu, SKMM mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail antarabangsa sehingga menyebabkan beberapa laman web kerajaan dan hiburan digodam.

        Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, usaha tersebut dapat membantu perkembangan industri hiburan tempatan yang semakin kritikal akibat daripada masalah cetak rompak dan muat turun secara haram.

        "Industri hiburan ini kecil saja dan dengan adanya lanun-lanun seperti ini ia lebih memburukkan lagi keadaan," katanya.

        Bagaimanapun, tindakan yang dilaksanakan oleh SKMM itu hanyalah bersifat sementara dan kini ia seolah-olah dilupakan sekali gus menyebabkan seni tempatan tiada nilai.

        "Memang kita nampak ada tindakan yang dilakukan, tetapi ia tidak berterusan dan tidak konsisten.

        "Biarpun ada tindakan itu, kita tak tahu pula apakah bentuk hukuman yang dilaksanakan sama ada dari segi pembayaran denda, dibawa ke mahkamah atau akhirnya disumbatkan ke penjara?

        "Oleh sebab itu, mereka yang melakukan kerja haram ini tidak takutkan apa-apa kerana tahu tiada hukuman yang akan dikenakan. Ini akan lebih memburukkan lagi industri," katanya.

        Jelas Freddie, industri akan turut terjejas sekiranya masalah ini semakin berterusan dan tidak dapat diatasi.

        "Jika ini berterusan, tidak mustahil industri akan lenyap.

        "Tiada lagi yang akan membikin filem malah sektor muzik juga semakin lesu kerana tiada lagi penghasilan album.

        "Ramai penerbit takut untuk menanggung kerugian," katanya.

        Freddie menyarankan satu jawatankuasa khas atau unit tindakan khas dapat diwujudkan di antara industri, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membanteras isu ini.

        "Tujuan penubuhan itu untuk membincangkan dan menyemak buku laporan yang diterima, jenis tindakan serta hukuman yang dikenakan.

        "Setiap penggiat seni pula perlu ada hubungan rapat dengan pasukan bertindak supaya ada laporan diberikan.  

        "Tetapi, kita masih tak nampak semua ini lagi. Kita mengharapkan jawatankuasa atau unit tindakan khas yang ditubuhkan ini boleh lebih memandang serius akan permasalahan yang kami hadapi ini," katanya.
         http://www.sinarharian.com.my/hiburan/industri-seni-malaysia-dirundung-malang-1.379137



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah movie lvl pprt selet najis ko ingt ada orang nk beli dvd ori kah sis?

Pelakon muka hauk,blakon keras kejung persis batang paip,story line predictable ya hamat..

Selayaknya pupus jah industri ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 01:49 PM | Show all posts
artis byr cukai x?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 01:55 PM | Show all posts
saya sokong kalau industri ni pupus....
alah, yang minat pun kebanyakan penduduk felda pprt kampung je....
bagi br1m, senyap lah diaorang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 01:56 PM | Show all posts
Kosserr, muke pelakon pun choiii jer. Yang stok putehh pun kecut terus payudara I menengok hazzabbbnye. Bek I nengok pelakon Indon!

Nehhh, Hindon, yummmyyy hoccceyyy! Makk loikkeee! Slurrrppp!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 01:57 PM | Show all posts
famri7 replied at 13-4-2015 05:45 AM
Dah movie lvl pprt selet najis ko ingt ada orang nk beli dvd ori kah sis?

Pelakon muka hauk,blako ...

yang terbaru hantu bungkus ikat tepi.macam boogimak saja tajuknya sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2015 01:58 PM | Show all posts
Neh muke org Kuala Nerang ulu!! Nott myyy tahsteee, wek!!!

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun posted on 13-4-2015 05:56 AM
Kosserr, muke pelakon pun choiii jer. Yang stok putehh pun kecut terus payudara I menengok hazzabbbn ...

ni mcm kenal ... tapi lupa nama..

dah hampir ganyot ni cikbed..

minat gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 02:04 PM | Show all posts
famri7 replied at 13-4-2015 01:45 PM
Dah movie lvl pprt selet najis ko ingt ada orang nk beli dvd ori kah sis?

Pelakon muka hauk,blako ...

tambah2 filem dr MIG.... sampah sarap....ni tambah lg produser buat pilem hantu gudang....  nak muntah tgk trailer
nak suh org tgk wyg.... kim salam
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:05 PM | Show all posts
tak selera nak download pun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:08 PM | Show all posts
Edited by aw76 at 13-4-2015 02:09 PM

the industry needs:-
1. quality products.
2. quality acting.

have these two, people will flock to cinemas.

In my opinion, yasmin ahmad was on the right track but ajal dia dah sampai. tak nampak sampai sekarang any pengganti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:08 PM | Show all posts
tumpang simpati kat tokey2 dvd..samada yg legal ataupun cetak rompak, tp akak rasa tak ada pun yg membeli dvd melayu ni....

akak kalau nak beli pun mungkin dvd yuna istana budaya tu je






Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:11 PM | Show all posts
Local movies level sampah seharusnya donlod saja.

Donlod tuanku!

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 13-4-2015 01:58 PM
Neh muke org Kuala Nerang ulu!! Nott myyy tahsteee, wek!!!

Ni org ulu kuala nerang ke?? Hahaha

Patut la gigeh kawin minah saleh half baked.. nk baiki keturunan rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:12 PM | Show all posts




aku tak kaco 'industri seni tempatan'





aku hanya pirate filem, drama, lagu, komik/manga n anime omputih n jepun sahaja.


buleh?


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:15 PM | Show all posts
hakak sokong la jgk tgk dkt astro tu...walaupun nan hado jah...buat rugi duit den...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Industri seni luas.. mcm2 seni ada.. seni visual, seni persembahan, seni bunyi, seni tekstil, seni ukiran, dan byk lg..

Yg paling hauk anntara semua seni lakonan la..

Org seni lain still alive and kicking sebab hasil kerja vasss... tgk saja pelukis2 ramai yg buat exhibition anntarabangsa dan dapat pengiktirafan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:17 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 13-4-2015 01:57 PM
yang terbaru hantu bungkus ikat tepi.macam boogimak saja tajuknya sis

erkk.. iye ke tajuknya gtu?

sori iols dh lama tak ambik part bab2 industri pilem mesia nih. sb? sedeh. cter ntah pape.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:18 PM | Show all posts
Hello!!!! Tak kuasa nak bazir bandwidth download filem sampah keluaran kamu tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 02:23 PM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 12-4-2015 06:03 PM
ni mcm kenal ... tapi lupa nama..

dah hampir ganyot ni cikbed..

Fathir muchtar larrr, bang keterr neh!!!
Ganyot2 pun getessty jugakkk, nasib I x leh kawin empat tauuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057980 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list