View: 6966|Reply: 25
|
[Politik]
kes helikopter terhempas di Semenyih ..Polis siasat status kewangan juruterbang
[Copy link]
|
|
Siasatan polis berhubung kes helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April lepas, turut menjurus kepada kedudukan kewangan juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier.
"Kita akan melihat beberapa aspek terutama sekali aktiviti dia, hobi atau sama ada dia mempunyai sebarang masalah termasuk kewangan... perkara ini boleh menjejaskan prestasi dan fokus dalam kerjayanya," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan upacara sembahyang khas oleh anggota dan pegawai polis beragama Hindu, bersempena Peringatan Hari Polis ke-208, di Kuil Sri Kandaswamy, Brickfields, di ibunegara semalam.
Noor Rashid berkata siasatan terhadap nahas helikopter itu terbahagi kepada dua iaitu polis akan melihat dari aspek sama ada wujudnya unsur kecuaian, sabotaj atau unsur lain.
Selain itu, polis juga akan melihat dari segi teknikal bagaimana helikopter itu terhempas sehingga mengakibatkan enam terkorban, katanya.
"Pemeriksaan forensik memerlukan masa... kita juga telah mengesan saksi termasuk mengambil keterangan daripada keluarga mangsa.
"Kesemua mayat telah dituntut dan kita memerlukan laporan teknikal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan perlu dianalisa semula," katanya.
Noor Rashid berkata polis akan memanggil semula saksi bagi memberi keterangan baharu selepas menerima laporan teknikal tersebut.
Dalam kejadian tersebut, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-IGB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.
Selain Fournier, turut terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pilot ada masalah kewangan, heli memang boleh meletups ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak faktor yg kena siasat tu............ |
|
|
|
|
|
|
|
Pada Aku Macam Siasatan Bodoh Je
Nape tak siasat je minah mana dia henjut pastu bini dia mengamok langsung calit C4 kat heli tu?
Err..
|
|
|
|
|
|
|
|
wa bukan apa
apa budus sangat
kalau dah orang tu pun hancur
siasat la kewangan apa skali pun
orang tu dah hancur
tk leh buat apa
nak trace macamana
wa gelak guling2 je ngn gi joe malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kena panah petir kot x pun mmg ada bom |
|
|
|
|
|
|
|
siasat partner dia si tuya juga tk?
|
|
|
|
|
|
|
|
sgbuloh replied at 18-4-2015 01:27 PM
kalau pilot ada masalah kewangan, heli memang boleh meletups ke?
Depresion can lead to emotional behaviour kot. Now nk assume ibarat tak boleh fokus kerja atau another suicide? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo mslh kwangan pun nk kna siasat..mcm mn pula ngn msalah cinta, kesihatan, seks smua?? Tu pun kna siasat jgk dh kalo blh mgakibatkan emo prob.. |
|
|
|
|
|
|
|
pilot tu bawak awek dia yang 'aktif' tu sama. tak kan depress lagi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Another gone with the wind crash incident report |
|
|
|
|
|
|
|
pilot lagi yg kena siasat .mh370 pun pilot yg kena.kalau [pilot tu selamat memang harus kena siasat . |
|
|
|
|
|
|
|
mesti lama siasatan....akak rasa kalau cincin je siasatan cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
..Jarjis tu napa tak siasat? : |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pilot sorang je yg disiasat. 5 orang lagi tu macamana?
|
|
|
|
|
|
|
|
si pilot tu la akan dikambing hitamkan..pastu tutup kes la kira selesai |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma mampu tersenyum sinis dgn kebudusan macai2 dlm ci ni |
|
|
|
|
|
|
|
TAK IKUT PROSIDUR..
MANA BOLEH BAWA ORANG LAIN WALAUPUN MAKWE KE..
LAIN LE KALAU WANITA TU CO PILOT...
ITULAH DIA SUEI WANITA.. |
|
|
|
|
|
|
|
1mdb pakai duit rakyat bayar hutang tak ikut prosidur pon.
lagi mau kecoh 'naik heli tak ikut prosidur' |
|
|
|
|
|
|
| |
|