CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2380|Reply: 1

[Tempatan] Proton dan Lotus Meterai Usaha Sama Dengan Cina.

[Copy link]
Post time 20-4-2015 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2015 10:35 PM










Proton Holdings, mewakili syarikat Lotus Group (Lotus) yang dimiliknya, baru-baru ini menandatangani satu perjanjian bersama Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd. (Goldstar) untuk melihat kepada perkembangan perniagaan bagi model-model Lotus di Republik China, bermula dengan daerah Fujian untuk mengambil manfaat daripada insentif diberikan kerajaan tempatan.


Dari pihak Proton, perjanjian ini telah ditandatangani oleh Tun Dr Mathir Mohamad, pengerusi syarikat sambil disaksikan Dato’ Abdul Harith Abdullah, ketua pegawai eksekutif Proton. Untuk Lotus dan Goldstar, masing-masing telah diwakili Jean-Marc Gales (ketua pegawau eksekutif Lotus) dan Zheng Qianghui, pengerusi Goldstar.

Mengikut Dato’ Abdul Harith Abdullah, “Perjanjian ini akan menghasilkan sebuah syarikat usahasama (joint venture) baharu khas untuk tujuan aktiviti R&D bagi teknologi cekap yang terkini.”

Kemudian, syarikat ini akan seterusnya menghasilkan dan menjual kereta penumpang Lotus selain memberi perkhidmatan lepas jualan di negara China.

Perkembangan ini adalah satu lagi percubaan Proton untuk memasuki pasaran China. Sebelum ini, terdapat beberapa memorandum persefahaman, JV atau perundingan yang sudah dilakukan Proton dan syarikat-syarikat tempatan seperti Youngman dan Geely.

Read more at: http://drebar.astroawani.com/detail/proton-ingin-kembangkan-lagi-potensi-lotus-di-china-58270?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 11:54 PM | Show all posts
Macam boring jer usahasama tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057772 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list