CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2963|Reply: 7

Darah Kotor

[Copy link]
Post time 23-4-2015 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum.

Kulit saya jenis sensitif sejak kecil...dah tua ni macam2 pulak sakit kulit nak hinggap tp kat tempat2 tertentu (ekzema, psorisis, dermatisis)..penat dah pergi dermatology..sama je result.


Tp lately ni betis dan peha saya asyik gatal2...merah2...saya garu2 sampai tinggal parut.  Kat betis ni naik gatal2 ..doc kata bukan ekzema. Doc suspect diabetes, tp saya pernah cek so far tak ada diabetes. Doc kata kemungkinan darah kotor..


Apa ye punca darah kotor dan apa petua untuk darah kotor. Harap kawan2 yang ada pengalaman macam saya boleh lah citer serba sedikit cerita anda.

terima kasih



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 06:47 PM | Show all posts
Edited by munchkin at 23-4-2015 06:54 PM

elak makan dairy - susu, mentega, yoghurt apa apa yg ada cow's milk. susu drpd tumbuhan takpe

elak makan night shade plants - kentang, tomato, kacang panjang, bendi, terung, lada benggala (apa apa tumbuhan bersifat gantung/jalar).
elak wheat products - roti, tepung. gunalah tepung yang neutral seperti tepung beras, tepung jagung etc.

makan probiotik. Jangan makan yoghurt kerana ianya dairy.

pencuci baju tukar pada sensitive type ada dijual di kedai bayi.

pakaian tukar kepada cotton, linen dan silk.

seluar dalam cotton.

perfume kena test sebab ada perfume yang boleh menyebabkan eczema juga. everytime pakai dolce & gabbana perfume, saya kena. so saya buang.

sabun tukar kepada soap free, all natural products the best. boleh beli di farmasi (soap free) organic products (sabun/shampoo) boleh google di mana berdekatan.

product moogoo juga bagus. ada jual di vitacare farmasi.

TAPI di sini ditekankan, sapulah bertan tan produk pun, tapi kalau makan tak jaga (pantang seperti list saya beri di atas), selagi tu eczema tu tak dapat di atasi. ni semua pasal makanan. flora imbalance dalam badan pun ye jugak. jadi luka tu dari dalam terus keluar kat permukaan kulit. ni sebenarnya irritation.  

cousin saya dah tebal kulit. adik ipar tak endah tak ikut pantang, terpulang. anak cousin pun kena. bila saya bagi tau pasal pantang, dia kata doktor tak cakap. saya kata terpulang, sebab everytime visit doktor kena RM200-300.

kawan saya anak head to toe eczema sampai bulu kening pun dah takde. saya bagi tahu tentang pantang, alhamdulillah dia ikut, makin pulih.

kena sungguh sungguh. terpulang pada mana kesungguhan tu. kalau betul betul agresif, ikut semua atas tu insyaallah. kita berusaha, yang menentukan di atas.

pantang ni sehingga pulih. pastu kalau ada luka sikit sikit, makan gamat. nanti luka eczema tu tutup. pastu nak makan sikit sikit makanan di atas tu boleh. tapi berpada pada.

oh ye, elakkan stress. kalau badan stress, eczema semua tu akan keluar. petanda immune system down.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 12:00 PM | Show all posts
munchkin replied at 23-4-2015 06:47 PM
elak makan dairy - susu, mentega, yoghurt apa apa yg ada cow's milk. susu drpd tumbuhan takpe

ela ...

terima kasih atas penjelasan yang diberikan..sangat2 berguna untuk saya jadikan panduan. byk benda kena jaga ni..pemakanan, persekitaran, tak boleh stress..emmm apa boleh buat ini semua dugaan buat saya dan anak. Anak pun kena ekzema sian dia asyik menggaru je...dulu kecik nampak sangat..dah besar makin menjadi2 ekzema dia.


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 04:19 PM | Show all posts
noris75 replied at 24-4-2015 12:00 PM
terima kasih atas penjelasan yang diberikan..sangat2 berguna untuk saya jadikan panduan. byk benda ...

kena pantang makan kak. susu utk anak kena tukar. pakai susu based soya, rice, almond. susu berasaskan tumbuhan. kekawan dan kawan saya tukar susu anak, banyak improvement dan kulit pulih dari eczema. mana yg nak teruskan susu berasaskan lembu masih lagi dok berulang alik pergi doktor, sapu ubat tak berkesudahan. anak asyiklah merengek menggaru tak selesa. kita orang dewasa tak selesa, inikan pula budak.
doktor asyik prescribe ubat tahan gatal & krim. krim pulak pakai protropic. harga tiub kecik RM100++. ubat berasaskan steroid pun bagi. menyudahnya dah beribu habis sekejap sekejap jumpa. few doktore yang dalam bidang perubatan (tak berkaitan dengan kulit) bagi info. keyword : we are what we eat. tu je kena pegang.


saya cuma share. saya berharap dengan perubahan perubahan yang dilakukan bolehlah ringankan ketidakselesaan tadi.

moga kakak dan anak segera sembuh.


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 11:10 PM | Show all posts
Kalau buat cuci darah tu boleh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 09:31 AM | Show all posts
munchkin replied at 24-4-2015 04:19 PM
kena pantang makan kak. susu utk anak kena tukar. pakai susu based soya, rice, almond. susu berasa ...

terima kasih atas panduan. anak saya dah besar..dah anak dara..age 19. sian dia asyik tergaru2..kaki, betis, belakang semua dah becalar balar..sbb kesan dri garu dan parut2. Saya pulak kat betis. Dulu kat tempat tertentu je..sekarang ni betis, peha semua gatal2. Penat dah pegi klinik, ubat yang sama je dapat...tahan gatal, alahan, krim sapu...byk sangat sapu krim saya notis macam tempat tu dah nipis..sbb krim tu ada steroid. Now cuba kontrol makan...cuma kadang kala terbbabas jugak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2015 03:40 PM | Show all posts
noris75 replied at 27-4-2015 09:31 AM
terima kasih atas panduan. anak saya dah besar..dah anak dara..age 19. sian dia asyik tergaru2..ka ...

kak, steroid tu tak boleh pakai berpanjangan. not more than 1 or 2 weeks kalau tak silap. memang dia nipis kan kulit. treatment utk suppress tapi notice hanya selesaikan masalah superficial (kulit atasan). kulit bawah masih lagi ada keradangan.

untuk sementara waktu, kena gigih and kuat semangat kak. jangan langsung sentuh makanan yg saya listkan tu. pastu ikut pantang lain juga.

nanti dah pulih esok, terbabas sikit takpe. sebab kulit dah pulih. selagi tak pantang, dia takkan hilang. kalau pantang cepat dia sembuh. makan gamat sekali nanti dia baikkan keradangan dari dalam hingga ke luar.

cubalah kak. kalau pergi doktor tu banyak banyak kali boleh pulih, oklah. tapi kalau the same result, kita kena usahakan sesuatu juga.

krim protropic katanya tiada steroid. tapi tiub cononet tu RM100+++. tapi masih lagi tak solve problem. problem solved bila pantang je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wasap/telegram bayu 0122174421
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042951 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list