CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16979|Reply: 135

[Jenayah] AKHIRNYA.. Tabung Haji putuskan jual tanah TRX - Pengerusi TH

[Copy link]
Post time 9-5-2015 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by shahx at 9-5-2015 03:54 PM

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk tidak membatalkan urus niaga pembelian tanah di projek Tun Razak Exchange milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebaliknya, lembaga pengarah TH sebulat suara memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) itu sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.

Abdul Azeez berkata keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lembaga pengarah TH pagi ini selepas mendapat nasihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB.

"Pada awalnya kami (lembaga pengarah) sepakat tidak mahu jual tanah itu, kami mahu bangunkan tetapi pagi tadi PM call dan nasihatkan supaya jual untuk elak fitnah terhadap TH.

"Kami akan jual secepat mungkin, sudah ada tiga pihak tawarkan untuk beli tanah tersebut," katanya dalam sidang media khas hari ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh kesemua ahli lembaga pengarah dan Ketua Pegawai Esekutif (CEO) TH Tan Sri Ismee Ismail.

Abdul Azeez juga menjelaskan bahawa tiada konflik kepentingan dalam urusan pembelian tanah milik 1MDB itu kerana CEO TH tidak mengambil bahagian dalam sebarang rundingan yang berkaitan dengan pembelian tanah tersebut.

Katanya, Ismee yang juga ahli lembaga pengarah 1MDB, "berkecuali" daripada keseluruhan proses pembelian tanah di projek TRX pada harga RM188.5 juta itu.

Ahli Parlimen Baling itu menafikan TH membeli tanah tersebut sebagai usaha untuk menyelamatkan 1MDB seperti didakwa sesetengah pihak.

Abdul Azeez bagaimanapun masih mempertahankan pembelian itu, dengan berkata TH akan mendapat pulangan tahunan sebanyak 9% daripada transaksi tersebut.

"Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual. Kami hanya pegang hak milik itu untuk sebulan dan ia masih boleh menguntungkan kami.

"Selepas sudah jual, kita akan buat sidang media.

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.

Semalam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya TH membatalkan urus niaga pembelian tanah tersebut serta merta.

Dr Mahathir berkata wang pencarum yang digunakan Tabung Haji dalam urus niaga tersebut bukan merupakan milik mereka.

"Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

"Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang sudah hilangkan berbillion Ringgit.

"Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2015 03:51 PM | Show all posts
horeeyyy... najib jadi hero...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual untung 5 juta baik x yah jual... Baik develop je.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:06 PM | Show all posts
azeeeeeeeeezz oh azeeeeeezzzzz....ramai orang marah kat kau sangat ni lepas najib dengan maslan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak petik jugak tun mamak punya auta kat bawah tu.....duit jemaah nak g haji katanya, beli tanah tak boleh,,finance kompeni kengkawan cina ytl buleh.......pftgh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:19 PM | Show all posts
Babi lah keling ni.   Tanah tu asalnya milik bumi ke tak?  Rakyat mahu tahu berapa rm kau jual tanah tu.  



Aku doakan semoga pembelit ini mampus jatuh heli kelak.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2015 04:22 PM | Show all posts
mungkin azeeez ni kata tak jdi jual...padahal diam2 jual..pekerja tu wat dek jeh la lepasni..takut kna tangkap by igp undr osa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:26 PM | Show all posts
nasib baik bocor dulu kalau tidak ianya tidak dapat diselamatkan lagi........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2015 04:26 PM | Show all posts
haha, bagus TH , "maslan" way to restore your reputation, isu pembelian ko x nak explain ko nak spin lagi sambil bailout 1mdb

from http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

"Pasal apa Tabung Haji nak jadi tukang cuci jamban untuk 1MDB?

And who is the idiot who will buy this land for RM5 million extra when the land has been most recently valued at RM5 million less? Who is the idiot?

1MDB baru jual tanah ini dengan harga RM188 juta. Habis siapa pula yang bodoh sangat sanggup beli tanah yang sama dengan harga RM193 million?

And this is commercial land. The buyer must pay GST 6%. That is an extra RM2.2 million. So the buyer must pay RM193 + RM2.2 = RM195.2 million.

And TH must pay RPGT of 30%. That is at least RM1.5 Million.

This is becoming really stupid.

Just cancel the deal.

Better still just return the land back to the gomen.  This land was unethically acquired from the gomen. So just return the land back to 1MDB and 1MDB return the land back to the gomen.  This land belongs to the people."

Main2 lagi dgn public fund, duit org pegi haji lak tu.



Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:30 PM | Show all posts
Abdul Azeez bagaimanapun masih mempertahankan pembelian itu, dengan berkata TH akan mendapat pulangan tahunan sebanyak 9% daripada transaksi tersebut.

"Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual. Kami hanya pegang hak milik itu untuk sebulan dan ia masih boleh menguntungkan kami.

"Selepas sudah jual, kita akan buat sidang media.

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.


Errr tak faham kenapa ada statement yg tanya jangan tanya kenapa TH jual kpd orang bukan Islam?  salah sapa tanah tu dijual kpd orang bukan Islam...pendeposit yg bising2 ke Tun M ke?  Who are the main party in this sale?  la.......salah rakyat lagi ka? bodohnya rakyat, dah la tak faham gst..dealing yg international macam ni lg la haram tak fahammm...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu dia pegang portfolio supaya dia boleb buat suka hati dia jeeeeee. Nobody can say no to him. Eiiiii. Eiii geram aku ngan mamat ni lagi. Itu hari kwsp announcement kata kekal umur. Now this. Yang lain tu semua punching bag. Everytime ada masalah cam ni, public marah, dia masuk sebagai hero. Yang lain keliling tu terima arahan dia. Jadi punching bag dia. Pastu dia masuk jangan risau jangan risau konon nak tunjuk hero. Eiii eiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:34 PM | Show all posts
apam replied at 9-5-2015 04:10 PM
Nak petik jugak tun mamak punya auta kat bawah tu.....duit jemaah nak g haji katanya, beli tanah tak ...

Otai najib nie main call jer terus batal, harap ustazah @mbhscf mod board islam boleh komen hukum campur tangan mcm nie
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suh kwsp beli lak huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 9-5-2015 04:34 PM
Otai najib nie main call jer terus batal, harap ustazah @mbhscf mod board islam boleh komen hukum  ...

Kau panggil aku ke setazah mbchdgpfh tu? Konfuse aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:51 PM | Show all posts
Just cancel off the deal ajelah. Biar 1mdb jual direct pada pihak yang intend to buy from Tabung Haji. Tengok mengelupur tak 1mdb nak bayar hutang dia. Mesti ni nak guna utk bayar hutang. Itu yang tak sabar nak dpt duit.
Tabung haji tempat orang simpan duit jadi senang lah boleh dapat duit segera. Mamak Azeez ni dah kantoi, waktu Rafizi bagi warning dalam parliament supaya jgn berani guna wang KWSP atau Tabung Haji utk resolve problem 1mdb tapi mamak azeez marah. Now proven dah... nak cakap apa lagi. Orang macam ni baik tak payah lantik utk jadi pengerusi badan seperti Tabung Haji. Konon buat buat marah waktu Rafizi bagi warning kat parliament tapi senyap senyap Tabung Haji pergi tolong 1mdb.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 04:56 PM | Show all posts
really nak jual balik sebab PM suruh jual? nampak tak kelembuan azeez di situ dan drama najib jadi hero? kalau pendeposit tak bagi tekanan mmg korang joli katak dgn duit TH tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2015 04:59 PM | Show all posts
5 juta je untung nyo? cincin pun tak lepas ni...kang kak mah mngamok~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 05:01 PM | Show all posts

Jangan Duit Tabong Aji Jadi Modal Pilem Ni Soodah


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 05:06 PM | Show all posts
kalau dah mangkuk ayun yang pegang tabung rakyat macam tu lah jadinya.

dia buat semua duit tu macam bapak dia punya (ni kata ibrahim ali, tau)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Vavi top jawapan mangkok sekor ni.tiba2 nak salahkan rakyat sbb jual ke bukan islam? Pastu bijan main jadi superhero tunjuk lagak.mmg lakonan tahi sgat puak2 ni. Aku doakan cilake ke atas puak2 cmni:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.059472 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list