View: 3320|Reply: 12
|
[Tempatan]
Edisi Maslan: 3.85 Extended Version Games
[Copy link]
|
|
Bahana GST, zombie 'Maslan 3.85' ditembak
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin paling kedepan mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan penyokong pembangkang.
Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android.
Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan “Maslan 3.85 extended version”, dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti.
Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad (kiri) yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah.
Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST.
Pengguna diberikan misi untuk menembak dan melastik watak itu sehingga mati dalam tempoh 100 saat untuk setiap peringkat, termasuk di Parlimen dan Putrajaya.
“Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyataan menyakitkan hati oleh menteri-menteri kita? Jangan risau... lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Corrupted Version,” menurut penerangan di tapak muat turun Google Play.
“Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata.”
Percuma 'tanpa GST'
Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6 Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini ditulis.
Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak “Maslan 3.85” itu hanya rekaan dan “tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang”.
Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma “tanpa GST”, kata syarikat itu lagi.
Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk pengaduan masalah di sektor awam negeri itu. MK
|
|
|
|
|
|
|
|
Tenang sentosa je ahmad maslan tengok rakyat meroyan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Tak berani la nak install. Nanti tingtong pulak phone aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baik layan game kesukaan Spidey iaitu Plants Vs Zombie. |
|
|
|
|
|
|
|
melampaulah pulak sampai ada muka dia di situ,...walaupun tak suka dia, tak tergamak pulak ... |
|
|
|
|
|
|
|
Habis lah syarikat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat la mat maslan org siap btkan game utk dia... |
|
|
|
|
|
|
|
nnt virus bodo maslan terjangkit dlm hp |
|
|
|
|
|
|
|
Wow makin famous la |
|
|
|
|
|
|
|
tak jumpa pun game ni dlm google play |
|
|
|
|
|
|
|
maslan boleh saman tak? |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba ahmad maslan pon main game ni kat parlimen
ko hingat senang ke nak masuk muka sendiri dlm game? |
|
|
|
|
|
|
|
haha.... dah main memang therbaik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|