View: 5618|Reply: 47
|
[Tempatan]
Persis Netflix, Malaysia Akan Ada IFLIX Bayar RM8 Je Sebulan Dek Katanya
[Copy link]
|
|
Iflix platform hiburan baru rakyat Malaysia mula buka tempoh percubaanAstro Awani | Kemas kini: Mei 26, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 26, 2015 23:08 MYT)
iflix secara rasminya dibuka kepada orang ramai, menawarkan perkhidmatan penstriman pelbagai video-on-demand
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
KUALA LUMPUR: Pelbagai servis penstriman video seperti Netflix, Amazon Prime Instant, dan Hulu Plus menjadi kegilaan di luar negara lantaran kepelbagaian tayangan yang terkandung dalam koleksinya.
Menawarkan perkhidmatan penstriman pelbagai video-on-demand, iflix merupakan syarikat tempatan yang ditubuhkan pada Ogos 2014.
Selepas memulakan sesi percubaan minggu lalu, iflix ini secara rasminya dibuka kepada orang ramai.
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengakses dan memuat turun kandungan dari iflix. Kandungan tersebut boleh dilayari di bermacam jenis peranti seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen.
Iflix memiliki variasi siri televisyen, drama, filem dan pelbagai kandungan dari seluruh dunia bersesuaian untuk penonton di Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Ternyata para netizen di Twitter memberikan reaksi yang positif terhadap platform baru dunia hiburan di ini.
@azranosmanrani I'm so happy with iflix, now I'm so entertained everyday, gonna subscribe once trial is over — Xiaoheng Yip (@xiaohengyip) May 26, 2015
congrats #iflix for making very cheap subscription.hope your service well worth it. — adam shariff (@biri1990) May 26, 2015
OK boleh play dah. iflix is worth checking out. About time we get tv series/movies streaming services — Bakhtiar (@bakhtiarb) May 26, 2015
— Anas (@Anasnomous) May 26, 2015
iFlix content are amazing actually. Worth the price. — tevanraj (@tevanraj) May 26, 2015
Syarikat ini diilhamkan oleh Patrick Grove iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group yakni sebuah syarikat perlaburan antarabangsa yang bermula di Malaysia.
Patrick turut berganding bahu bersama dengan bank perniagaan yang beroperasi di Los Angeles iaitu Evolution Media Capital (EMC).
Ketua Pegawai Eksekutif iflix Malaysia, Azran Osman-Rani pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X. Beliau kini mengetuai operasi iflix Group di ibu pejabatnya yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Kadar langganan bulanan iflix hanya RM8 sebulan.
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/iflix-platform-hiburan-baru-rakyat-malaysia-mula-buka-tempoh-percubaan-60828
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pulak tunjuk citer haukkkk dek |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang tak kisahnya bam
|
|
|
|
|
|
|
|
masih baru lagi nie......torrent je movie tue |
|
|
|
|
|
|
|
semua filem n movie lama jer..even cerita melayu pun zaman sembilu jer ada.. baik subscribe netflix..
|
|
|
|
|
|
|
|
harap ada lah drama-drama yang best. nak harap Astro memang kena tambah channel jelah. same goes to Hypp TV |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla, harap2 bole capture content skali |
|
|
|
|
|
|
|
series dia pun..the flash pun xder..arrow yang dah season 3..dia baru sampai season 2..movie hollywood pun sampai 2008 2009 jer kot..harry potter, kung fu panda bagai tu..yang latest xdop..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua apps yang aku nak sangat masuk dalam iphone aku ialah Netflix and Pandora. Please buat available kat Malaysia. I don't want iflix. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh i sangat suka netflix, if we can get the same quality here. why not. |
|
|
|
|
|
|
|
baru lagi tuh, pelan2 tambah lah library tu nanti...mana ada kedai baru bukak terus penuh barang sampai ke siling bang
|
|
|
|
|
|
|
|
betul gak tu..kalau buka-buka terus penuh barang..jadi macam 1MDB plak nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa...tau takper
benda2 gini melibatkan kontrak dgn distributor, sign dgn warner bros dpt lah content dr warner bros, sign dgn sony pictures dpt lah content dr sony pictures, sign dgn primeworks dpt lah content dr media prima...nak tunggu sign dgn semua distributors baru nak start servis, memang tak lah
hulu masa mula2 lancar pun, start dgn content2 jaman tok kaduk juga...selo2 lah, content/season terkini tu biasanya dah ada "tuan" dia, kemungkinan besar ada impose window juga, ie lepas sekian2 tempoh baru orang lain bulih siar, paling sekejap beberapa jam, paling lama bulih jadi bertahun2
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak ada 5 trial invite, siapa mahu?
akak layan tengok modern family jah.
takat ini seleksi show nya not bad la jua. |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya ada bende ni..astro dah boleh katup yer..mcm mana nak subscribe ye...kalau ok ... nak unsubscribe astro....amik njoy jer..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi taste akak netflix haus kalau nak tengok series.series yg akak nak tengok semua takde.belum habis trial akak dah unsubscribe sebab haus.
kalau nak tengok tv show, hulu is better namun sekarang guna VPN pun tak lepas, so tak boleh nak tengok dah
|
|
|
|
|
|
|
|
xder maknanya ASTRO boleh katup..sport, mlm, af n bla-bla..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|