versi trp
Wanita dakwa diminta pakai kain batik sebelum berurusan di pejabat JPJTiga keping foto yang dimuat naik Suzanne G L Tan di laman Facebooknya hari ini.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 8 Jun:Seorang wanita hari ini menyuarakan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook kerana mendakwa dia dipaksa memakai kain batik sebelum dibenarkan masuk untuk berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut wanita yang menggunakan akaun Facebook Suzanne G. L. Tan itu, dia pergi ke pejabat JPJ berkenaan untuk menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang telah dijualnya.
Bagaimanapun, Tan yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati seorang kakitangan JPJ di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberi sehelai kain batik.
Dakwanya lagi, dia seterusnya diberitahu supaya memakai kain tersebut atau tidak akan dilayan.
“Saya memakai pakaian seperti ini, tidak sopankah? katanya dalam posting status Facebook di sini.
Selain itu Tan turut memuat naik tiga keping gambar yang ada kaitan dengan dakwaannya.
Sekeping daripadanya diambil sewaktu di luar premis pejabat JPJ berkenaan sebelum memakai kain batik berkenaan, dan manakala dua keping lagi foto sewaktu dia berjalan dan sedang duduk di hadapan kaunter – kedua-duanya memaparkan dia berkain batik.
“Hanya perlu duduk di hadapan cermin kaunter yang mana hanya bahagian-bahagian hadapan badan saya saja yang dilihat oleh pegawai berkenaan. Saya tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis,” kata Tan. Posting Tan yang melahirkan rasa tidak puas hati diminta memakai kain batik di akaun FacebooknyaLokasi sebenarnya kejadian tersebut didakwa di pejabat JPJ Wangsa Maju, namun ia tidak dapat disahkan. Pada masa kini, kedua-dua pihak iaitu Tan dan JPJ tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen lanjut. Kebiasaannya, pelawat yang mahu berurusan di bangunan pejabat kerajaan diingatkan supaya memakai pakaian yang sopan iaitu seluar panjang dan baju berlengan. Mereka yang memakai selipar, baju tidak berlengan dan seluar pendek biasanya tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan. Namun kejadian orang ramai diminta memakai kain batik, malah kain batik itu turut disediakan barangkali belum pernah diketahui setakat ini.
|