View: 7612|Reply: 1
|
[Juadah/Kuih]
Kuih Tart Telur Rasanya sesuai tak jadikan santapan berbuka puasa?
[Copy link]
|
|
Kuih Tart Telur Rasanya sesuai tak jadikan santapan berbuka puasa?
Biasa sangat kan dengar kuih-kuih yang ada kat bazaar ramadan, bagaimanapula dengan tart telur? Sesuai ke dijadikan menu berbuka puasa..? Cara untuk menyediakannya cukup mudah dan cepat!
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 14 biji
Bahan-Bahan:
BHN UTK KULIT:
100gm mentega
40gm gula aising
180gm tepung gandum
1 biji telur saiz 'B'
1/2 s/teh esen vanilla
BHN UTK FILLING :
1/2 cwn susu cair
2 biji telur
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air
1/2 s/mkn tepung kastard
1/2 s/teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan:
Cara membuat kulit :
Pukul mentega dan gula sampai kembang.
Masukkan telur, gaul sebati.
Masukkan tepung sehingga menjadi doh yang lembut.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan tat (boleh dibeli kedai yg menjual bhn2 kek)
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembang dan bakar selama 10minit pada suhu 180 C.
Keluarkan dari oven dan masukkan filling. Bakar lagi 15minit @ sehingga masak.
Biarkan dan keluarkan untuk dihidang.
Cara membuat filling :
Campurkan kesemua bahan2 tadi dan gaul sebati.
Ditulis oleh : Fatimah
http://iresipi.com/resepi/tart-telur/show
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|