CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6892|Reply: 47

[Tempatan] Gaji 163,007 Penjawat Awam Akan Dipotong Untuk Bayar PTPTN - KSN

[Copy link]
Post time 18-6-2015 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Gaji 163,007 Penjawat Awam Akan Dipotong Untuk Bayar PTPTN - KSN



Seramai 163,007 orang penjawat awam yang belum pernah membuat bayaran dan tidak konsisten dalam melunaskan hutang PTPTN bakal menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, surat pemotongan gaji itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut beliau juga, mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred(tidak termasuk Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang belum pernah membuat bayaran adalah seramai 32,803 orang.

"Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang," katanya memetik laporan dari Bernama.

Sebelum ini, Ali pernah berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah tersebut - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dh pinjm byr la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong gaji dia byk sikit..degil tu..liat nak byr hutang..pinjam laju je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:50 PM | Show all posts
huhuuuu nasib baik la dh settle byr habis lepas struggle byr dlm amount yg agak byk tiap bulan huhuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:51 PM | Show all posts
bos2 jugak yg x pnh byr langsung
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:53 PM | Show all posts
bagusla.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2015 03:55 PM | Show all posts
bagus usaha KSN ni

untuk masa depan peminjam2
lain pulak

harap swasta follow gomen
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:55 PM | Show all posts
fuhhh.... sib baik aku loan dgn JPA jer bukan PTPTN.....

hehe.. gegurau ajer.... ok jom kita serius sket:

Hutang wajib dilangsai walaupun sudah meninggal                                               
                                                Ditulis oleh Siti Fatimah Abd Rahman. Posted in Berita Harian                                                       
                                                                                                               
Berkaitan pinjaman kewangan, pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: "Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ke-tenangannya." Mereka berkata: "Apa itu wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: 'Hutang.' Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang."

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, berhutang itu tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan ini, Allah menggariskan dengan terperinci cara atau adab berkaitan hutang-piutang.

Dalam ayat 282, Surah al-Baqarah dinyatakan dengan panjang lebar betapa kalau hendak memberi dan mengambil hutang, jumlah dan tempohnya membayar balik perlu dituliskan berserta dua saksi.

Dalam ayat berikutnya pula, dinyatakan bahawa sekiranya tidak ditulis pun, orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Dalam kata lain, walaupun tanpa bertulis dan saksi, Allah menjadi saksi kepada transaksi mereka itu.

Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Hal ini disebut dalam ayat 11, Surah an-Nisa'.

Tidak cukup dengan firman Allah dalam al-Quran, penekanan kepada menjelaskan hutang ini disebutkan dalam hadis Rasulullah.

Contohnya, sabda Nabi bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim).

Kita maklum bahawa syuhada dijanjikan syurga. Namun, hadis ini menunjukkan bahawa apa yang menghalang mereka daripada masuk syurga adalah hutang yang tidak dijelaskan.

Itu syuhada. Jika mereka pun wajib membayar hutang, apa lagi kita manusia biasa.

Islam bukan saja mewajibkan umatnya membayar hutang, malah menjanjikan bahawa kalau berhutang dengan niat untuk membayar, Tuhan akan memudahkan kita.

Sebaliknya, kalau berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:"Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ayat 'Allah akan membayarkan' adalah Allah akan memudahkan rezeki orang itu agar dia dapat membayar hutangnya.

Jadi, jelas betapa Islam mewajibkan umatnya membayar hutang. Pada hari ini, kita berhadapan dengan masalah bekas pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik hutang pinjaman pendidikan yang mereka terima.

Mengikut laporan, daripada RM7 bilion yang dikeluarkan untuk tujuan itu, hanya RM93 juta yang berjaya dikutip semula. Ia bermakna tidak sampai 14 peratus hutang dapat dikumpul semula. Perkara ini menjejaskan usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi pinjaman kepada pelajar baru sehingga mereka terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Biasanya yang meminjam adalah pelajar Melayu. Jadi, mengapa kita berhadapan dengan masalah kegagalan mereka membayar balik pinjaman, sedangkan Islam begitu menekankan perkara ini?

Membayar balik pinjaman pendidikan bukan satu masalah baru. Suatu ketika dulu, Mara juga menghadapi masalah sama sehingga perlu mengiklankan nama mereka yang liat membayar hutang di akhbar. Peminjam Mara juga Melayu.

Malah, saya pasti bukan pinjaman itu saja yang bermasalah dari segi pembayaran balik pinjaman. Banyak lagi hutang lain menerima nasib yang sama, termasuk hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.

Akibatnya, dalam kes pinjaman peribadi, penjamin pula yang terpaksa menanggung bebannya. Itu belum dikira hubungan baik bertukar buruk antara peminjam dan penjamin yang mahu dielak oleh Islam.

Peminjam ini mungkin daripada kita sendiri, pasangan, anak, adik-beradik, saudara-mara atau kawan kita. Jika yang meminjam, jelaskan pinjaman itu. Sebaliknya, jika yang meminjam itu adalah orang yang dikenali, maka menjadi tanggungjawab kita yang tahu hukum untuk mengingatkan mereka kewajipan membayar hutang. Ia adalah dakwah yang paling mudah. Dalam pada itu, ia boleh menjadi satu dosa jika kita tidak mengingatkan mereka mengenainya.

Sebagai satu agama yang begitu berkasihan belas dan berperikemanusiaan, Islam juga menggalakkan orang yang berhutang untuk menghalalkan hutang mereka. Malah, disebutkan dalam ayat 280, Surah al-Baqarah bahawa menghalalkan hutang ini adalah lebih baik untuk kita.

Namun, dalam konteks kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa "pembangunan sumber manusia soal hidup mati negara Islam", maka tidak wajar untuk kita mengharapkan kerajaan untuk menghalalkan hutang pelajar ini.

Kerajaan perlukan wang itu untuk memberi pendidikan kepada lebih ramai penuntut termasuk yang Islam agar kapasiti mental dan intelek mereka dapat dibangunkan demi kemajuan dan kelangsungan umat Islam itu sendiri.

Kredit to IKIM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 03:59 PM | Show all posts
ok la tu potong gaji..
tak payah nak pening nak bayar sendiri tetiap bulan.. tu yg kes bayar sekali sekala tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:02 PM | Show all posts
Sbb apa la baru kalut? Sbb gomen xcukup duit? Sokalau cukup, buat diam saja la?

Yg jusa ke atas ka pegawai  tu suruh byq lumsum jah..duit mesti dah bekoyan takat nk byq  20 30k tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:02 PM | Show all posts
Sakai tul...
Dah pinjam pastu dapat result ckup2 makan jer, dpt keje guna kabel, pastu x nk byr lak...

Mujuq aku xbuat loan PTPTN...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:04 PM | Show all posts
kawan thai aku bantai gelak bile aku citr ttg ptptn
dia kata pendidikan kan keperluan asas rakyat oleh pemerintah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:07 PM | Show all posts
dah pinjam... kene lah bayar.
xkiralah, kadar bunga tu tinggi ke apa ke.
kalau dulu2, org sampai bergadai tanah nk bagi anak sambung belajar. ni dah ada pinjaman, amek... tapi liat nak bayar.
beli kereta ke motor ke... mampu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejinya especially yg gred tinggi2 tp malas byr hutang
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:18 PM | Show all posts
PTPTN tu pinjam duit EPF. Dh berjumlah dekat 50 billion.
Memang patot dipotong gaji, otherwise satu hari nanti EPF
kering kontang. Tapi bukan sekarang. 20-30 tahun lagi, time
orang-orang yang liat nak bayar utang ni capai umo 55 tahun
dan nak amik duit EPF, duit takda. Baru dia tahu peritnya............
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:26 PM | Show all posts
ramai gila 163k,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 04:34 PM | Show all posts
sapa suruh undi khir toyo... kan dah kena bayar.. padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:34 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 18-6-2015 04:04 PM
kawan thai aku bantai gelak bile aku citr ttg ptptn
dia kata pendidikan kan keperluan asas rakyat o ...

untong la org thai.. belajar free sampai degree

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:38 PM | Show all posts
pilih nak bayar potong gaji ke buang keje gomen
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 04:39 PM | Show all posts
perang_candu replied at 18-6-2015 04:34 PM
untong la org thai.. belajar free sampai degree

Cuma orang thai aja yang untung.................KIHKIHKIH.....
Negara-negara lain memang takda degree free.
Di US, sume yang nak buat degree kena tanggong sendiri.
Sanggup membuat pinjaman, tapi mereka tak liat membayar balik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.202776 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list