KUALA LUMPUR : Ketika ramai penyanyi dan pelakon giat `mempromosikan' diri atau produk mereka di laman sosial, penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat, tetap dengan pendiriannya untuk tidak membuka akaun berkaitan. Jadual kerja yang padat menjadi alasan buat Syafinaz, 41, menyebabkan beliau tidak mempunyai masa untuk aktif menggunakan media sosial, ditambah pula dengan komen negatif yang dimuat naik, kebanyakannya bersifat keanak-anakan. "Memang saya tidak berminat untuk membuka akaun media sosial kerana saya tiada masa untuk melayan pelbagai kerenah dan ragam di sosial media. Kebanyakan komen negatif yang diberikan begitu keanak-anakan.
"Saya tak nafikan media sosial ini mempunyai kebaikan dan keburukan sendiri. Model dan pelakon, Amber Chia, sering menggesa saya untuk membuat akaun Instagram," ujar Syafinaz. Syafinaz menjelaskan beliau juga kurang bersetuju dengan cara teguran diberikan di Instagram, yang lebih seperti membuka aib orang yang ditegur. Dalam perkembangan terkini, beliau berkongsi perancangannya untuk memberikan fokus kepada album terbaharunya yang sudah tertangguh sejak tahun 2006. "Kebanyakan lagu dalam album itu sudah habis dirakam tetapi kerana saya terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah dan sebagainya membuatkan album saya tertangguh. "Ada juga rakan saya yang mencadangkan agar saya keluarkan 'single' dulu. Tengok dulu bagaimana, idea itu juga boleh dipertimbangkan. Lagu saya berbeza dan bukan sekadar ikut trend semasa, jadi tidak timbul istilah ia tidak lagi relevan," katanya.
Tahniah laa hakak Syafinaz.. Somehow iolls setuju dengan sheolls pasal benda ni,,,
|