Di Finland, rakyat digesa makan berdiri untuk kekal sihatAgensi | Kemas kini: Jun 24, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 24, 2015 16:33 MYT)
Menurut pegawai kesihatannya, duduk yang berlebihan dikaitkan dengan gangguan otot, penyakit kardiovaskular dan obesiti. - Foto Hiasan
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
HELSINKI: Finland menggesa rakyatnya agar mengamalkan makan sambil berdiri dalam usaha memerangi masalah kesihatan dan gaya hidup yang tidak aktif.
Kementerian kesihatan negara tersebut turut menerbitkan buku bertajuk Sit Less, Feel Better bagi kempen berkenaan.
“Banyak perkara boleh dilakukan dalam posisi berdiri atau berjalan selain duduk. Dalam keadaan berdiri juga boleh membaca akhbar, makan, minum ckopi dan menonton televisyen,” saran kementerian yang mula bimbang dengan gaya hidup tidak aktif rakyat Finland.
Menurut pegawai kesihatannya, duduk yang berlebihan dikaitkan dengan gangguan otot, penyakit kardiovaskular dan obesiti.
"Mereka yang duduk lebih dari tujuh jam sehari, setiap jam tambahan yang digunakan untuk duduk akan meningkatkan risiko kematian sebanyak lima peratus," antara amaran yang dikeluarkan Kementerian.
Dalam satu kajian mendapati tiga per empat penduduk dewasa Finland duduk, berbaring atau berdiri dalam masa mereka berjaga.
"Orang ramai dari semua peringkat umur harus elak daripada duduk berlebihan. Mereka harus berjalan dalam kitaran jarak pendek atau cuba berdiri dalam pengangkutan awam dan kekal cara aktif dalam bekerja," memetik buku, Sit Less, Feel Better.
Kerajaan Finland turut membangkitkan kebimbangan ini terhadap kanak-kanak di Finland apabila ramai di antara mereka kini lebih banyak duduk dan mengisi masa lapang dengan gajet pintar masing-masing.
Kajian berkata, kanak-kanak tidak boleh duduk selama lebih daripada satu jam secara berterusan. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah di Finland mengamalkan waktu kelas yang terpanjang adalah selama 45 minit.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/di-finland-rakyat-digesa-makan-berdiri-untuk-kekal-sihat-63555
p/s:sekarang ni tengah trend kerja sambil berdiri untuk kekal sihat.dalam capital fm tak silap guest tu kata meeting pun dia siap buat sambil berdiri.
|