View: 6687|Reply: 53
|
[Tempatan]
Atok najib penyelamat restaurant 24 jam. Syabas!
[Copy link]
|
|
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ditemubual media selepas Majlis Sumbangan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga bahawa kerajaan menyekat waktu perniagaan.
"Keadaan yang diguna pakai sekarang ini nampaknya memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, dan mereka yang berniaga pun mendapat rezeki yang sepatutnya diterima oleh mereka.
"Kalau kita menyekat waktu-waktu pembukaannya, ia akan menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai berkata bahawa mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.
Perdana Menteri berkata, beliau turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai perkara itu yang membuatkan kerajaan mengambil keputusan mengekalkan pembukaan restoran dan kedai makan berkenaan.
Najib juga berkata, jemaah Masjid Jamek Kampung Baru dilihat berpuas hati dengan pembangunan semula masjid itu yang membabitkan kos lebih RM20 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd.
"Saya dah sembahyang dua kali (di Masjid Jamek) bersama jemaah, keadaan jauh berbeza...lebih indah, selesa, lebih luas, tambah lagi masjid akan (guna) pendingin hawa dalam sikit masa lagi" katanya.
Menurut perdana menteri, beliau berhasrat menjadikan masjid berkenaan sebagai satu mercu tanda dalam pembangunan semula Kampung Baru yang kini dalam perancangan.
Terdahulu, Najib menunaikan solat Asar di masjid itu sebelum mengedarkan kira-kira 1,200 bungkus bubur lambuk sumbangan peribadi beliau kepada orang ramai di perkarangan masjid. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/node/64029
|
|
|
|
|
|
|
|
Spidey semakin menyukai kepimpinan Datuk Seri Najib yang sentiasa menyelamatkan rakyat pada saat-saat terakhir bagaikan hero. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Kalau lapar tengah malam boleh cari restoran 24 jam |
|
|
|
|
|
|
|
semua tu permainan politik je....sekor wat taik...maka muncul lah wira..Nampak x game tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Well played Najib. Well played. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa kata dia x cerdik? dia tahu mentaliti malaysian la...suh sekor badut buat hal..then ..yeayyyy hero mai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri cadang,sendiri bangkang,sendiri jadi hero.limkokwing,u can do it better la |
|
|
|
|
|
|
|
terpakso kekal...sobab kodai lain pooong terlibat....
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar replied at 28-6-2015 03:09 AM
semua tu permainan politik je....sekor wat taik...maka muncul lah wira..Nampak x game tu?
nampak nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sial jer tetiba timbulkan isu, pastu dan2 tu berlagak hero setelkan... Dah banyak kali dah guna taktik bodoh ni..... Ni mesti idea taik kokwing... |
|
|
|
|
|
|
|
Yay..jom pakat undi najib.
Penyelamat ummah.
Lps ni bakal keluar mcm2 berita hingga pru
Tentang najib jd hero.
Bkemungkinan terus btukar jd superman. |
|
|
|
|
|
|
|
Untungla najib mempunyai menteri2 yg suka bg stetmen kurang cerdik, dia akan counter dan jd hero....tp it comes from your own cabinet, not the opposition...tak ke pelik tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh baguih lak tok ajib ....x sangka no dh 2 kali solat kt mesjid jamek..2 kali tuuuuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bodoh sangat komen masing2 ni?.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak ambik hati org melayu..upgrade masjid,nak ambik hati mamak ..teruskan buka 24jam..
yeyyyyyyyyyyyyy.....punahsihat lkw yg sgt berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah menghayati komen kt atas AN je yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat KIMMA tu anak ayam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ngehehe.. Teringat komik superman die.. DSAI jadik villainnya.. Bongok nak mam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah boleh sambung lepak doploh pat jam kat mamak. Thanks tok jib. |
|
|
|
|
|
|
| |
|