CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6680|Reply: 1

[Fesyen] KOLEKSI JOVIAN MEN RAYA 2015 KHUSUS UNTUK LELAKI “SEKSI & MANLY”

[Copy link]
Post time 13-7-2015 04:25 PM | Show all posts |Read mode


Merapatkan jurang antara keselesaan dan bersesuaian dengan sisi maskulin, tahun ini Jovian Ready-To-Wear mengeluarkan pakaian lelaki yang dipanggil sebagai “Jovian Men” yang bertepatan dengan Hari Raya Aidlifitri yang bakal menjengah tidak lama lagi.
Memaparkan kain dari bahan kapas, koleksi ini membawa lima puluh reka bentuk kacak yang datang dalam Baju Melayu struktur clean-lined dan panel berwarna pada jubahnya. Tiada apa-apa yang membangkitkan gaya lelaki segak dan moden selain dengan menggayakan pakaian tradisional.
Walaupun mengelakkan pengaruh warna mewah, koleksi ini mengetengahkan warna-warna pastel dan tanah yang bersesuaian dengan semua tona kulit lelaki. Dua elemen signature yang boleh dilihat pada setiap reka bentuk adalah penggunaan perincian stud di belakang kolar Cekak Musang dan butang yang sedapan dengan warna kain.
Untuk memberikan kesan yang lebih ramping pada badan si pemakai, seluar dalam koleksi ini direka bentuk tanpa penglibatan pleats, yang juga menjadikannya pakaian Raya yang cukup santai dan memberikan keselesaan maksimum.
Memikirkan karakter yang berperwatakan baik dan mempunyai penampilan seksi dan manly untuk menggambarkan koleksi ini, pelakon terkenal Nazim Othman telah dipilih menjadi Muse untuk Jovian Men Raya 2015.
Anda boleh dapatkan koleksi ini di semua Butik J Store seperti di bawah:
  • Bangsar, Kuala Lumpur – No 112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur | +603- 20930112
  • Shah Alam, Selangor – No 39, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor | +603-55243686
  • Robinsons, Gardens Kuala Lumpur – LOT 3, G-211, The Gardens, Mid Valley City | +603- 20891188
  • KLIA 1, Sepang – LOT DOM 2, Contact Pier Domestic KL International Airport | +6019- 6163001 / +6012-9676868
  • Kota Kinabalu, Sabah – No 456, Miles 2.5, Jalan Tuaran Likas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah | +6088-264588 / +6013-8613900
  • Bangi,  Selangor  –  No  50A,  Jalan  Medan  Pusat  2C,  Pusat  Bandar  Bangi,  Seksyen  9,  43560  Bandar   Baru  Bangi,  Selangor  |  +603--‐89289667     
Pembelian melalui Whatsapp:  Nombor Hotline  +6013  304  6333  
wanista

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 05:28 PM | Show all posts
pernah tengok bidio iklan Kaka Nazimah Rogayah, so inilah baju nya..

not bad la. heshe pun nampak maskulin habis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    27-11-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.046514 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list