Pejam celik pejam celik, hari ini sudah memasuki hari raya keempat dan seperti biasa himpunan fesyen raya selebriti tempatan menjadi tontonan kita semua. Dengan kehadiran Twitter, Instagram dan Facebook, banyak artis yang telah berkongsi gambar fesyen pilihan mereka ketika sambutan hari raya. Yang mana satu pilihan anda? Rona lembut jadi pilihan ataupun yang terang memikat anda? Rekaan yang simple? Penuh glamor? Nur Fazura cantik mengenakan persalinan hijau lembut daripada Rizman Ruzaini.
Manis sekali Nora Danish memilih rona merah terang untuk persalinan hari rayanya. Baju raya oleh Innai Red.
Bakal ibu, Lisa Surihani memilih busana raya yang cukup selesa daripada Innai.
Seperti inspirasi daripada kimono, Scha Alyahya memilih rona emerald green di hari raya kedua.
Sama seperti ND, Neelofa juga memilih fesyen raya daripada Innai Red.
Salah satu fesyen raya pilihan penulis adalah daripada si kecil molek Sazzy Falak. Sazzy cukup manis sekali dengan fesyen raya ala hipster oleh Shomir Izwa.
Serius simple tapi cool baju raya Nabila Huda. Che Ta anggun jelita dengan persalinan raya oleh Rizman Ruzaini. Siti Saleha memilih baju raya oleh Innai Red.
Pelakon cantik manis Anzalna memillih pereka tempatan Cosry untuk baju rayanya.