View: 3247|Reply: 11
|
Hadiah Istimewa Buat Wanita Teruja
[Copy link]
|
|
Pening juga kaum lelaki kalau wanita yang dicintai mula merajuk dan tarik muka. Namun kenapa anda tidak cuba memujuk terlebih dahulu jika masih ada peluang. Lagi mudah jika anda tahu apa yang disukai oleh pasangan anda untuk sejukkan hatinya, jom semak...
1.Bunga Cukup suka kalau dapat bunga, mungkin tidak kenyang perut tetapi anda perlu percaya bahawa bunga buat wanita 'kenyang emosi' a.k.a senang hati. Tidak perlu banyak, dapat sekuntum lagi dekat dengan penyampaian yang anda adalah lelaki romantik.
Tetapi perlu ingat, pastikan anda betul-betul selidik yang wanita kesayangan anda tidak anti-bunga. Perlu ya, nanti ke tong sampah pula!
2. Coklat Dengan emosi yang tidak stabil atau saat merajuk, coklat mampu 'menghapuskan' segala perasaan negatif. Bagi anda yang masih pening lalt mencari sesuatu istimewa buat wanita kesayangan, apa kata jika anda cuba hadihkan mereka coklat. Mahu tambah rasa gembira mereka, pilih pelbagai coklat berbeza dan hantar secara rahsia atau menggunakan orang tengah. Ini boleh buat golongan wanita tersenyum sampai telinga dan terus sejuk.
3. Barang yang dijadikan koleksi Paling senang jika anda tahu wanita anda suka kumpul apa dalam banyak-banyak barang. Ya, minat wanita terhadap sesuatu pasti berbeza. Ada yang suka kumpul kasut, beg, buku, pakaian, jam, barang solekan, barang antik, pinggan mangkuk, dan lagi istimewa suka kumpul emas(Bagi anda yang punya bajet besar sahaja).
Kalau macam ini, sudah pasti anda terpaksa mengumpul duit untuk belikan mereka sesuatu. Namun pastinya ini bukan satu masalah kerana anda sendiri boleh pilih dan agak barangan apa yang paling mudah untuk dimiliki untuk dijadikan hadiah kepada wanita kesayangan.
4. Tiket perlancongan Kalau punya bajet lebih, sesekali boleh buat kejutan dengan membawa wanita kesayangan anda ke tempat-tempat menarik yang belum pernah dikunjungi. Tidak jauh dan masih dalam negara pun masih ok jika si wanita anda belum pernah ke tempat tersebut. Tambah pula jika bawa ke tempat yang jenis romantik, ada pantai, atau mungkin tempat yang banyak bunga. Wanita kan suka sesuatu yang nampak cantik dan tenang.
5. Makanan ikut selera Ini paling senang jika wanita yang dipuja cukup suka makan, tambah pula jika jenis yang berani mencuba. Anda boleh cari menu yang istimewa dan pastikan mengikut selera si dia, tidak kira mahal atau murah janji dia suka.
Jangan pelik jika wanita kesayangan teruja hanya apabila dapat hidu menu kesukaannya yang disediakan air tangan anda sendiri. Kalau pun tidak pandai masak, anda boleh cuba dulu dengan menggunakan resepi. Mesti si dia tersenyum dan menghargai...
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by intriQue at 30-7-2015 08:30 AM
Dah berpeluang merasa semua.
No. 4 was the best. Once in a lifetime experience gitu.
Lps tu takde dah seprais vacation.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara 5 itu, yang mana wanita paling suka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka coklat. Pompuan lain saya tak pasti
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus.....pilihan yang sederhana budgetnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah dapat kejutan no.5
mmg terkejut gile lah bile makan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam byk2 tu aku rasa paling sesuai no 3..beli bende berkaitan hobi..sbb aku pernah jumpa yg x minat bunga, x suka coklat, tiker flight saje sponsor tapi kos lain x sponsor baik xyah,bab makanan ada gk ppuan jenis berdiet manjang
so no 3 tu paling fleksibel |
|
|
|
|
|
|
|
1.Bunga Cukup suka kalau dapat bunga, mungkin tidak kenyang perut tetapi anda perlu percaya bahawa bunga buat wanita 'kenyang emosi' a.k.a senang hati. Tidak perlu banyak, dapat sekuntum lagi dekat dengan penyampaian yang anda adalah lelaki romantik.
saya impikan hadiah yang ini.........sekuntum pun sudah cukup bagi saya........... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..semua dapat kecuali no 2 sebab tak suka coklat
|
|
|
|
|
|
|
|
aku paling suka bunga... tapi tak penah dapat bunga...
n aku suka belon terbang..
penah dapat coklat... and makanan je. he cooked for me.. n keluar makan. tp hes not my bf la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling suka no. 3. Dpt every week pun ok hahaha. Paling menyampah dpt bunga. Dulu tiap2 minggu dpt bunga sedozen. Slalu bg kat kawan2. Menyampah dpt bunga. Leceh nak siram la. X smp one week layu biar lama ckit berderai2 bunga tu layu...semak, Buruk n mengotorkan meja...nak bg pun hadiah pun biarla yg bermanfaat....or else x yah bg...heheh...bg saya la |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|