View: 4633|Reply: 8
|
Anak Saya Tak Suka Makan Sayur! Bagaimana Nak Buat?
[Copy link]
|
|
Peningnya kepala ibu bapa kerana si anak payah sangat nak mengambil sayuran dalam makanan.
Puas dipujuk, dibuat menu baru dan pelbagai lagi.
Apa yang hendak dilakukan apabila anak-anak mengelak makan sayur?
1. Puji dan berilah 'reward'
Bukan mudah bila anak-anak mula hendak mengambil sayur. Apabila mereka mula menjamah sayuran yang anda beri, jangan lupa puji mereka. Pujian membuatkan anak-anak berasa bermotivasi untuk melakukannya lagi!
2. Berikan warna pada sayuran
Bosan juga jika sayuran hijau yang hendak anda 'approach' pada anak. Apa kata bermain dengan warna agar menu sayuran nampak lebih menarik dan lazat. Tambahkan sayuran berwarna seperti lobak, kentang, tomato dan sebagainya.
3. Jangan paksa
Memaksa tidak akan membantu. Sebaliknya, berikan kata-kata semangat, nasihat yang lembut dan ceritakan kebaikan sayuran kepada tubuh.
(Sumber foto: Ny daily News)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mcm anak que mg dah puas nasihat.. smpi tahap kite sebagai mak menasihati diri sndr.. thhn geram.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Budak dalam pic kat ats tu nmpk sgt belakon. Anak berperang dendam baru makan carrot dua tiga keeping. Saya pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
susah nk didik adik makan sayur.. kita dh besar panjang pun tolak sesetengah sayur.. yg jenis pahit.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak pak suke x makan sayur? kalo mak pak x suke, payohle .... anak ngikut jer ... |
|
|
|
|
|
|
|
kan...makcik sy hantu sayur..
anak dia ada sorg..umo 4tahun
hantu sayur gak bdk tu..ayam xmkn tp kalau tgk bdn dia org xpercaya dia mkn sayur mcm mkn ayam byk...bambambam tp active |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak gemar sangat sayur tapi makan la tapi anak saya gemar sayur. Tengah potong-potong masak,mesti hilang separuh atau beberapa potong masuk mulut anak |
|
|
|
|
|
|
|
IMO: Boleh try hidang satu jenis masakan sahaja. Tak suka? Then just eat nasi.
That's how ibu-bapa saya buat.
--------------------------------------------------------------
1. Hadkan waktu makan
Berikan anak-anak anda masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja untuk setiap waktu makan. Selepas masa ini, jika mereka masih tidak mahu makan, kemas meja makan dan beritahu mereka waktu makanan sudah habis. Sekiranya si kecil membuang makanan, bertenang. Dengan santai, ambil makanan mereka dan “andaikan” mereka sudah selesai dengan waktu makan mereka. Anda juga boleh mengusik mereka sedikit dengan memberitahu mereka,“ Eh, tadi ibu/ayah tengok adik bermain dengan makanan. Ingatkan sudah kenyang. Kalau lapar semula, adik kena tunggu waktu makan seterusnya, ya?”
2. Hidangkan dalam bahagian kecil
Hidangkan dalam bahagian kecil supaya anak-anak tidak merasakan mereka perlu menghabiskan hidangan besar, lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak menyukai makanan tersebut. Sekiranya mereka mahu menambah, galakkan mereka untuk meminta lebih lagi. Kaedah ini meningkatkan kemungkinan untuk anak-anak anda makan kerana mereka tahu tidak banyak yang perlu mereka habiskan.
3. Libatkan anak dlm penyediaan makanan
Bawa mereka bersama anda ke pasar atau kedai runcit, dan biarkan mereka bantu anda pilih ramuan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain. Semasa persiapan makanan, dorong mereka untuk membantu anda dengan perkara yang paling mudah, sama ada mencuci sayur-sayuran, mengemas meja atau menghias makanan anda. Oleh kerana mereka sendiri terlibat dalam penyediaan makanan tersebut, ini akan mendorong mereka untuk makan lebih baik dan banyak.
Idea2 ni saya dapatkan disini. Ia ada tips2 lain tetapi saya rasa ini top 3 yg best lah
https://edureviews.com/blog/my/m ... ng-memilih-makanan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|