|
Kulit muka adalah bahagian yang paling sensitif yang ada pada tubuh badan kita. Kalau tak kena dengan gaya, kulit muka akan menjadi tidak sihat, berminyak dan berjerawat. Oleh itu, kita hendaklah jaga kulit muka kita dengan rapa dan teratur. Apapun, kita hendaklah ketahui punca-punca kenapa benda itu semua terjadi pada kulit muka kita.
Untuk kali ini, EM ingin kongsikan punca kulit muka berminyak berlebihan. Kadar minyak itu perlu untuk memberi kelembapan pada kulit, tapi kalau berlebihan, ianya sudah tidak normal dan mengundang jerawat untuk tumbuh pada muka. Sebelum kita merawat, mari kita ketahu puncanya terlebih dahulu.
PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN
1) Bersihkan Muka Terlalu Kerap
- Cuci muka yang terlalu kerap boleh membuatkan kulit muka berminyak berlebihan. Seeloknya, hanya perlu cuci muka kita 2-3 sehari.
2) Jarang Shampoo Rambut
- Sekiranya kita tidak shampoo rambut dalam masa beberapa lama, kulit kepala akan jadi berminyak dan akan menghasilkan sebum. Oleh itu, hasil pengeluaran dari sebum itulah yang akan membuatkan muka kita lebih berminyak.
3) Makan Makanan Berminyak
- Kurangkan minyak dalam masakan atau kurang makan makanan yang berminyak. Kebanyakkan punca masalah kulit muka ini adalah daripada cara pemakanan kita. Oleh itu, amalkan makanan yang sihat untuk harian kita.
4) Hormon
- Kadang-kadang kulit berminyak ni berpunca daripada hormon yang tidak sekata. Tambahan pula bagi remaja yang semakin meningkat umur, memang akan sering berlaku hormon tidak seimbang.
5) Faktor Cuaca
- Cuaca jugak mempengaruhi faktor kulit kita berminyak. Terutama cuaca panas , tambahan dengan peluh yang ada, lagilah muka kita nampak berminyak.
www.emalaysiannews.co
|
|