Perdana Menteri berkata, undang-undang perkara itu juga perlu diperkemaskan kerana pembohongan-pembohongan yang berlaku telah meracuni pemikiran rakyat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.
“Bukannya kita tidak mahu kebebasan, kita cuma tidak mahu kebebasan mutlak sehingga perkara yang tidak benar dan dianggap benar dan diterima.
“Ini sesuatu yang tidak adil dan perlu diperbetulkan, SKMM perlu meningkatkan penguatkuasaan dan undang-undang perlu diperkemaskan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selangor di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE