CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9045|Reply: 0

10 Tempat Makan Shah Alam Wajib Pergi

[Copy link]
Post time 3-8-2015 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Tempat makan di Shah Alam yang patut anda terjah sebenarnya banyak. Selain Bangi, Shah Alam adalah bandar yang penuh dengan restoran-restoran yang mempunyai konsep menarik dan sedap.Di sini kami kongsikan 10 tempat makan di Shah Alam antaranya. Ianya mungkin sedikit berlainan dengan apa yang anda ketahui. Tetapi tidak salah mencubanya bukan?

#1 Restoran Mee KetamNo 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor
Waktu operasi : 12:30 tgh hari hingga 10:00 mlm pada hari Selasa – Ahad
5:00 ptg hingga 10 malam untuk hari Jumaat. Tutup pada hari Isnin.
Apabila bertanya sahaja kedai makan yang sedap di Seksyen 7 ini,pastinya restoran ini dalam senarai sebagai tempat jalan-jalan cari makan di Shah Alam. Menu yang unik menyebabkan ianya tempat yang patut diterjah.


Lokasi ini berdekatan dengan Unisel Shah Alam. Berdasarkan nama, sudah pasti anda sudah maklum apa yang special di sini.Ianya adalah mee ketam. Itulah menu wajib apabila anda terjah ke sini.
Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan antara mee ketam yang terbaik dan patut dicuba. Menurut pelangan, harga bagi semangkuk mee ketam ini pula sangat berpatutan.
Tidak mahal, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan zaman GST dewasa ini.
Rasa karinya yang sedap,pedas dan berlemak dan cukup rasa mampu membuatkan anda tak pandang kiri kanan apabila menikmati mee ketam ini. Ketam yang digunakan juga segar dan banyak isi.

#2 Pak Li Kopitiam42, Jalan Kristal K7/7, Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi: Ahad -Khamis 8 pagi ke 1.30 pagi
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum – 8 pagi to 2.30 pagi
03-5511 3608
Restoran Pak Li Kopitiam adalah destinasi seterusnya. Ianya masih terletak di Seksyen 7. Restoran Pak Li Kopitiam tempat yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga mahupun teman.
Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba disini. Tetapi menu yang dikatakan ramai patut dipesan adalah ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’.

Manakal minuman yang disyorkan adalah kopi putihnya. Jika anda mencari menu yang selalunya terdapat di kopitiam yang lain turut disediakan seperti roti bakar,telur separuh masak,nasi lemak dan lain-lain.
Restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 1.30 pagi bagi hari Ahad hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat dan Sabtu restoran ini beroperasi sehingga pukul 2.30 pagi.

#3 Kedai Nasi JJ Kak Wok50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam
Waktu Operasi :8.30pagi – 6petang (Isnin ke Jumaat), 8.30pagi ke 3petang (Sabtu dan Ahad).
012-685 7674
Nasi Kak Wok adalah nasi berlauk versi Kelantan. Namun, versi Kak Wok adalah jauh lebih baik. Ianya membuatkan ramai orang sanggup beratur untuk makan di sini.Tiada siapa akan dapat menafikan keenakkannya. Kedai Nasi JJ Kak Wok ini memang berstyle. Ianya unik.

Nasi Kak Wok adalah gabungan nasi berlauk antara gulai yang berlemak, serta beberapa ketulan kecil ayam goreng dan sambal. Sajian ini asalnya bermula daripada Mek Wok Hassan atau Kak Wok yang menyajikan masakannya di Kampung Lundang Kota Bahru pada 35 tahun dahulu.
Jika anda di sini, jangan hendak dicari benda lain sebagai . Ianya hanya ada satu sahaja hidangan utama dan satu-satunya sahaja. Kami percaya, sekali anda mencubanya, pasti anda akan tidak sabar untuk pergi untuk kali kedua.

#4 Burger YazidJalan Pualam 7/32 (Persiaran Kayangan), Shah Alam, Malaysia 40460
019-688 8709
Burger Yazid terkenal dengan saiznya. Saiznya memang besar. Boleh dimakan bersama-sama 3-7 orang berdasarkan saiz yang dipilih. Berdasarkan pengalaman kami, untuk memesan di sini mengambil masa 15 minit. Manakala masa menuggu pula adalah 15 minit.

Secara puratanya adalah sekitar 30 minit. Memang lama. Kenapa lama? Sebab memang ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan disalah satu tempat makan menarik di Shah Alam ini.
Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini. Dikatakan ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini.

#5 Restoran CeriaJalan Ru 3/9a (Seksyen 3), Shah Alam, Selangor 40000
Anda seorang yang tidak ceria? Sedang menghadapi masalah dengan pasangan? Kalau begitu ceriakan diri anda dengan makan diRestoran Ceria. Memang pasti perut anda akan ceria seleaps itu. Restoran ini terkenal dengan masakan versi santai.

Contoh anda boleh cuba makan di sini adalah roti boom, cakoi, roti jala, roti tampal. Memang menarik! Kalau peminat nasi lemak, apa kata anda cuba juga nasi lemaknya. Nasi lemak dengan telur bergoyangnya memang bergetah!

#6 Restoran Bisik BisikJalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 17-731 7803
Orang Johor, ini mungkin menjadi restoran kegemaran anda nanti.Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam ini menawarkan pelbagai jenis sajian Johor dan juga pelbagai. Jangan terkejut, menu lain termasuk ‘western food’ turut disediakan di sini.
Jadi, anda tak perlu pening-pening kepala nak pilih makanan apa yang anda suka. Seluruh keluarga boleh memilih menu masing-masing.

Antara menu yang boleh dicuba adalah Kacang Pol. Mendengar Kacang Pol membuatkan kenangan makan di Kacang Pol di Joor Bahru terimbau. Dengar kata Kacang Pol ini dibawa khas dari Larkin.
Mee bandung udang galah juga menjadi pilihan pengunjung di sini. Tarikan mee ini adalah pada galah yang disediakan memang besar dan betul-betul segar. Sememangnya rasa kemanisan udang galah tersebut sangat sesuai digabung dengan mee bandung udang galah ini.

#7 Restoran Jemari18 Jalan Plumbum Q7/Q (Seksyen 7), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mengidam masakan sepeeti tom yam yang sedap,pekat dan pedas? Pendek kata tomyam yang ‘kaw’? Restoran ini juga terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Sekadar maklumat, restorannya ini terletak bersebelahan dengan butik tudung Pearl Haya. Bolehlah kaum Hawa membeli-belah sebentar.
Antara menu special yang terdapat di restoran ini ialah Nasi Goreng Ala-Thai. Kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang dan cili padi yang diletakkan dalam nasi goreng ini mampu membuat anda bertambah lapar.
Selain itu, jangan lupa untuk cuba menu kerabu kangkung di Restoran Jemari ini.Kerabu yang digoreng dengan tepung dan disiram dengan sos Thai. Ada yang mengatakan bahawaianya terasa seolah-olah anda sedang makan keropok!

#8 Big Brother Restaurant & Grill12-14 Jalan Plumbum N7/N (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jika anda sukakan makanan berkonsepkan western, ini antara restoran western yang boleh anda terjah. Makan disini sememangnya berbaloi. Portion hidangan adalah yang banyak. Restoran ini sesuai untuk makan secara berjemaah(bermai-ramai).Senang cerita, restoran yang sesuai untuk gathering atau lepak-klepak bersama kawan-kawan.

Lokasinya pula tidak sukar dicari. Ianya hanya terletak di PKNS Bizpoint Seksyen 7, Shah Alam,baris belakang sekali yang berhadapan dengan Hospital Shah Alam yang baru.
Menariknya menu di sini adalah rasanya yang memang sedap di samping keunikan namanya. Malah portion yang disediakan memang ternyata berbaloi untuk anda nikmati. Antara

#9 The Chemistry Cafe+LabNo.26 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 017- 6262797
Jika anda adalah pelajar kimia atau jenis yang suka akan konsep restoran yang berlainan The Chemistry mungkin ada jawapannya. Tempat ini merupakan sebuah tempat santai, sesuai untuk berborak pada waktu petang ataupun malam bersama rakan-rakan.

Kafe ini terletak sederet dengan Restoran Hakim Seksyen 7. Melihat konsep kadfe ini, ianya biasa menjadi pilihan para remaja dan sangat popular kerana dekorasi kafenya yang bertemakan makmal kimia. Anda boleh temui tabung uji, picagari, kelalang berdasar rata, rak tabung uji, kaki retort,pengapit dan macam macam lagi digunakan untuk menghidangkan makanan.

#10 Laman Grill Steak & Bar-B-Que SteakhouseG33, Block 5, Laman Seri Business Park (Seksyen 13), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 3-5523 7386
Masih mencari restoran western yang menarik? Mari terjah ke Laman Grill yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini. Restoran ini terkenal kerana pengasasnya iaitu Chef Zubir.

Beliau merupakan salah seorang dari juri dalam rancangan Masterchef. Rakan kongsinya pula adalahChef Kamal Baharain.

Untuk kesemua yang dikongsikan, yang manakah membuat anda terliur?

Kredit : Foursquare
Saji.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.239724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list