|
Mengakui dirinya cuma insan kerdil di dalam industri hiburan tanah air, Nana Mahazan yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim pertama ini dalam masa yang sama menafikan dia ingin meniru apatah lagi menyaingi Scha al-Yahya.
“Bukanlah saya nak merendah diri atau saya ini ada masalah dengan keyakinan diri. Tetapi rasanya untuk orang bandingkan saya dengan Scha, itu adalah sangat mustahil kerana dia sudah punya kedudukan tersendiri”
“Saya tak nak jadi macam dia dan saya tak boleh jadi macam dia sebab dia adalah dia dan saya adalah saya. Dia seorang selebriti yang popular dan anaknya juga kecil-kecil lagi sudah jadi selebriti. Langsung tak sama dengan saya”
“Semua yang saya dapat, ini adalah rezeki saya. Itu pun saya rasa segan sebab orang masih kenal saya sebagai selebriti sedangkan saya rasa saya tak popular pun, tak macam Stacy, tak macam Hafiz misalnya. Ikhlas saya cakap dari lubuk hati saya,” jelasnya yang aktif menjadi jurucakap kepada beberapa iklan komersial kepada Utusan Malaysia.
Nana Mahazan akan menjadi pengacara untuk AF 2015 dan dia mengakui sebelum ini telah bersedia menerima hakikat bahawa dia tidak akan dikenali selepas fokus kepada rumah tangga namun bersyukur dengan rezeki yang mendatang kini.
rotikaya
|
|