CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1126|Reply: 0

Perkara Asas Untuk Membakar Kek

[Copy link]
Post time 10-8-2015 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Baca dan fahamkan resepi sebelum mula. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

Tanamkan sikap ’buat yang betul’. Jika berbaloi dibuat, maka berbaloilah dibuat dengan betul. Membakar kek memerlukan penjagaan dan ketepatan. Tidak seperti masakan lain seperti sup atau stew, anda tidak boleh mengubah atau mengganti bahannya.

Jangan membuat aktiviti lain ketika mengadun resepi. Tidak kira sekecil mana gangguan, ia boleh membuatkan kesilapan.

Gunakan alatan yang elok. Kumpulkan semua mangkuk, acuan, dan peralatan yang diperlukan sebelum mula. Gunakan pengukur cawan dan sudu.
Gunakan acuan saiz yang sesuai, seperti di dalam resepi. Jika acuan ditukar, suhu membakar dan masa juga sepatutnya ditukar. Acuan yang besar dan dalam memerlukan suhu yang tinggi manakala acuan yang kecil dan rendah memerlukan suhu yang kurang. Letakkan acuan di tengah-tengah ketuhar. Jangan letakkan acuan di atas acuan yang lain dan jangan penuhkan oven dengan acuan (ini akan membuatkan pembakaran tidak sekata).

Gunakan bahan yang berkualiti dan kumpulkan bahan sebelum mula. Bahan berkualiti memberikan hasil berkualiti. Pastikan bahan segar dan berkualiti terbaik.
Ukur kuantiti dengan tepat. Ini adalah wajib untuk membakar kek. Kesilapan mengukur adalah salah satu penyebab utama kegagalan membakar kek.  Walaupun menggunakan bahan berkualiti terbaik, tetapi jika tidak mengukur dengan tepat, resepi tidak akan berhasil seperti sepatutnya.

  • Mengukur cecair: Guna cawan pengukur kaca. Ia membolehkan anda melihat tahap cecair yang diukur. Cawan pengukur mempunyai sedikit ruang tambahan untuk membolehkan anda mengukur tanpa cecair tumpah. Periksa ukuran pada tahap mata.
  • Mengukur bahan kering: Guna cawan pengukur. Perlahan-lahan ceduk bahan kering dan ratakan dengan spatula. Gunakan kaedah yang sama juga untuk pengukur sudu. Tepung tidak wajib ditapis, kecuali jika ditentukan pada resepi.
Setiap resepi memerlukan cara berbeza untuk mengadun. Ikut arahan pada resepi.
Guna suhu yang betul pada ketuhar. Jangan naikkan suhu ketuhar kerana mahu mempercepatkan masa memasak. Letakkan rak sebelum memanaskan ketuhar. Jika resepi memerlukan ketuhar yang telah dipanaskan, makan panaskan dulu ketuhar sekurang-kurangnya 15 minit sebelum memasukkan adunan. Jangan buka pintu ketuhar ketika kek sedang dibakar, ini akan membuatkan kek ”turun”. Kek yang dibakar dalam ketuhar yang tidak dipanaskan juga akan rosak kerana kek akan ”naik” terlalu cepat dan ”turun” apabila ketuhar memanas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.085099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list