Daging harus dipotong mengikut cara yang betul kerana cara pemotongannya memberi kesan kepada kelembutannya.
Langkah pertama dalam memotong daging ialah menentukan arah uratnya. Ini boleh dilihat di permukaan daging itu sendiri. Menentukan urat pada potongan daging yang besar adalah sedikit sukar, memandangkan setiap bahagian terdiri daripada beberapa otot, yang mempunyai urat tersendiri.
Potong daging merentas uratnya untuk menambah kelembutan daging. Memotong daging secara merentas akan memendekkan otot kepada segmen lebih kecil, menjadikan ia lebih senang untuk dikunyah.
Selain itu, untuk memotong daging dengan senang, separa-bekukan terlebih dahulu. Kemudian daging akan lebih mudah dipotong. trymasak.com
|