|
- Minyak mesti mencecah suhu terbaik untuk merangupkan bahagian luar sambil memasak keseluruhannya. Suhu tersebut adalah lebih kurang antara 350F dan 375F.
- Guna minyak canola untuk menggoreng. Ia rendah lemak, kadar pembakaran tinggi, dan tidak mengurangkan rasa makanan yang digoreng.
- Elakkan menggoreng kuantiti yang banyak di dalam kuali yang sama. Makanan perlu dikelilingi minyak mendidih, dan suhu juga harus dikekalkan. Jika memasukkan kuantiti makanan yang banyak dalam minyak yang sedikit, suhu akan menurun dan makanan akan menjadi bergris dan berketul.
- Jangan isi minyak lebih dari separuh kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih didihan apabila makanan dimasukkan.
- Keringkan makanan dengan tisu sebelum dimasukkan ke dalam kuali supaya dapat mengurangkan percikan minyak.
trymasak.com
|
|