CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3672|Reply: 12

[Jenayah] Mayat Dikerat-Kerat Ditemui Dalam Kereta Rentung

[Copy link]
Post time 13-8-2015 09:47 AM | Show all posts |Read mode
‘Di manakah awak Ah Loy?’
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Taman Bukit Rawang Jaya, pagi tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat



[size=100%]
GOMBAK, 12 Ogos:
Polis sedang mengesan pemilik kereta yang terbakar di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, susulan penemuan mayat dalam but kereta awal pagi tadi.
Satu mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terbakar kira-kira jam 6.38 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kereta itu didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 62 tahun yang sedang dirawat di Hospital Serdang.
Menurutnya, siasatan mendapati, kereta tersebut dijual kepada individu dikenali sebagai Ah Loy kira-kira empat tahun lalu.
“Polis masih mengesan individu bernama Ah Loy untuk membantu siasatan,” katanya.
Jelasnya, mayat mangsa yang dipercayai warga asing itu dikatakan dibunuh dan dikerat, sebelum dimasukkan ke dalam but kereta dan dibakar.
Menurutnya, polis turut menemui satu bekas plastik berbau petrol kira-kira 24 meter dari tempat kejadian.
Katanya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup turut mendapati, kereta tersebut terbakar kira-kira jam 6.06 pagi, namun tiada imej jelas dapat dilihat melalui rakaman itu.
Ali berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain, sebelum dibakar di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/12/di-manakah-awak-ah-loy/#ixzz3ieiGG9YI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 09:51 AM | Show all posts
.. mayat mangsa yang dipercayai warga asing itu dikatakan dibunuh dan dikerat, sebelum dimasukkan ke dalam but kereta dan dibakar.

.. polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain, sebelum dibakar di tempat kejadian.


Warga Asing..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:53 AM | Show all posts
semalam pun ada kes kete dibakar and ada mayat rentung dlm but kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 09:56 AM | Show all posts
apesal rse mcm mesia ni makin menjadi2 kes yg tak diduga eh..

kerat2, bakar2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:11 AM | Show all posts
senangnya........bunuh, kerat, bakaq...tu pun nk bawa masuk ramai lg warga asing.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yap Ah Loy ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 10:38 AM | Show all posts
BlueRose99 replied at 13-8-2015 09:51 AM
.. mayat mangsa yang dipercayai warga asing itu dikatakan dibunuh dan dikerat, sebelum dimasukkan ke ...

kebangkitan menentang puak puak pendatang haramjadah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 13-8-2015 09:53 AM
semalam pun ada kes kete dibakar and ada mayat rentung dlm but kereta..

Yang ne la sis ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 10:57 AM | Show all posts

owh yeke..sbb smlm berita tak silap dlm kete wira aeroback..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 13-8-2015 10:57 AM
owh yeke..sbb smlm berita tak silap dlm kete wira aeroback..

Kereta kebal la sis, akak tgk berita semalam visual nya kereta kebal, kaler coklat cair ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:17 AM | Show all posts
maksudnye acik yg masuk sepital serdang tu jual keta kat ah loy tapi tak tukar nama?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:25 AM | Show all posts
Yang kete kebal tuh yg perempuan kan? Kes lain kalau tak silap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 11:25 AM | Show all posts
takziah..

moga pelaku ni dpt ditangkap cepat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.286528 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list