View: 3167|Reply: 1
|
6 Pantang Larang Sebagai Suami Isteri
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto : engkumuzahadin.blogspot.com
Apabila sudah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan tetap tidak terlepas dari pantang larang dan tetap ada perkara-perkara yang perlu dielakkan bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga sentiasa berpanjangan.
Tidak bermakna apabila pasangan kita sudah menjadi milik kita yang sah, maka kita boleh lakukan apa saja tanpa memikirkan soal hati dan perasaan pasangan.
Perlu ada batas-batas dan hendaklah sentiasa mengawal diri dari melakukan pantang larang dibawah.
Berikut adalah enam pantang larang yang perlu anda ketahui sebagai suami isteri.
#1- Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
#2- Hindari dari meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.
#3- Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
#4- Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
#5- Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.
#6- Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.
Mungkin nampak seperti perkara kecil, namun dalam tak sedar sudah pasti kita pernah melanggar pantang larang ini. Cuba renung-renungkan kembali, mungkin sudah berkali-kali pasangan kita terasa hati dengan kita. Eloklah perbaiki setiap kekurangan diri, usah biarkan ego menguasai diri. Jangan lupa, meminta maaf atas kesilapan adalah sifat paling terpuji. - CARI Infonet.
Sumber: Facebook |
|
|
|
|
|
|
|
6 aja??????
Mohon @Hana.....nasi tambah.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|