View: 3329|Reply: 8
|
14 Sebab Mengapa Ibu Perlu Bersalin Secara Pembedahan
[Copy link]
|
|

Kalau ditanya kepada wanita mengandung, majoriti memilih untuk bersalin secara kaedah normal. Walaupun bersalin normal perlu melalui fasa sakit kontraksi yang amat sakit tetapi bakal ibu lebih rela menanggungnya
berbanding membiarkan perut di'potong' untuk mengeluarkan bayi.
Walaupun ramai yang kata ibu yang bersalin normal itu sangat hebat tetapi sebenarnya ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean itu tidak kurang hebatnya. Mungkin ibu tidak merasa sakitnya
kontraksi berlaku, mungkin ibu juga tidak merasa sukarnya proses meneran bayi dan mungkin ibu juga tidak merasa peritnya jahitan episiotomi bahkan tidak perlu melalui kesakitan bekas jahitan episiotomi yang berisiko
terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka.
Tetapi perlu diingat, ibu yang bersalin caesarean perlu menyerahkan dirinya untuk menerima suntikan bius paling kuat, membiarkan perutnya dibelah selapis demi selapis untuk mengeluarkan bayi,
perlu menanggung kesakitan luka jahitan pembedahan yang sangat lama untuk sembuh, perlu berpantang lebih teruk berbanding mereka yang bersalin normal
Ketahuilah mereka juga kalau boleh hendak merasa pengalaman bersalin secara normal tetapi apakan daya atas beberapa sebab berikut, mereka perlu akur dengan nasihat doktor demi menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Berikut adalah sebab mengapa seseorang bakal ibu perlu melahirkan anaknya secara pembedahan caesarean.
Pembedahan Elektif
1. Caesarean Ulangan
Sebelum ini pernah melahirkan secara pembedahan caesarean.
2. Jangkitan
Ia melibatkan jangkitan seperti herpes atau HIV yang berkemungkinan terkena kepada bayi jika bersalin normal.
3. Kedudukan bayi
Bayi berada dalam posisi songsang atau melintang.
4. Praeklampsia
Jika tahap ibu sangat teruk ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi, jadi doktor tidak akan melambatkan proses kelahiran.
5. Ibu alami trauma
Mungkin pengalaman melahirkan secara normal sebelum ini menimbulkan trauma yang teruk kepada ibu.
6. Komplikasi penyakit
Penghidap penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis atau tekanan darah tinggi memang berisiko jika bersalin secara normal.
7. Masalah plasenta previa
Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.
8. Kandungan kembar
Ibu beranak kembar juga berisiko untuk melahirkan secara normal jadi doktor lebih menyarankan secara pembedahan.
9. Bayi pernah meninggal
Jika ibu pernah melalui pengalaman kehilangan bayi ketika melahirkannya maka doktor tidak akan mengambil risiko bersalin normal.
Pembedahan kecemasan
10. Tali pusat terbelit
Masalah ini mungkin berlaku apabila ketuban pecah. Kemungkinan tali pusat terhimpit dan menganggu bekalan oksigen kepada bayi. Ibu berisiko meninggal dunia kerana hypoxia.
11. Proses bersalin terlalu panjang
Serviks ibu mengambil masa terlalu lama untuk buka sepenuhnya.
12. Masalah uri
Kedudukan uri di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukkan.
13. Bayi lemas
Degupan jantung bayi semakin lemah. Ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan serta merta.
14. Bantuan kelahiran gagal
Walaupun telah menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep tetapi
bayi masih tidak boleh dikeluarkan.
pama
|
|
|
|
|
|
|
|
sape tak nak branak normal.
aku checkup hari sabtu, doc scan bgtau plasenta (uri) aku matang.
or dlm bhs doktor, placental calcification .
mungkin boleh normal kata doc tp aku kena bersalin awal.
hari isnin, aku rs sakit, aku g emergency.
doc scan lagi, uri makin matang katanya.
bukaan tak buka pun so aku kena operate/czer.
huhu. sedih rs.
ms tu aku baru 35 minggu.
so doc nak monitor aku,so aku kena stay kt hospital sampai bersalin.
next week (minggu ke 36), aku pun msuk dewan bedah.
syukur baby selamat dan czer ni la aku tak pernah lupa dlm hidup sbb first time aku kena bedah dlm hidup.huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sedih sbb czer ke yunk.
aku ms dpt tahu pun aku sedih.
sib bek ada suami pujuk.
kdg kita ni kena syukur atas apa kita ada drpd meratapi benda yg kita tak dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
penting anak tu selamat dilahirkan....
kemudian bedah atau tidak dah tak penting lagi..
me berangan bersalin normal, but kalau doc kata kena bedah,
me ok aje....
|
|
|
|
|
|
|
|
aah kaka fara.
me first time tu yg fikir mcm2.
skrg syukur sgt dh baby sihat wpun czer.
|
|
|
|
|
|
|
|
anak 1st czer sbb terbelit tali pusat, air ketuban da leaking
baby tak membantu tuk push to deliver,
zasss czer..
anak 2nd czer sbb unstable life, asik la berpusing setiap mase,
n walaupun da ckp 40minggu still berpusing n tak masuk2 lubang,
then doctor pun ade mention yg uri i mase tu ber bentuk love,
so chances nk bersalin normal tu mmg xkan ade,
makenye redha saje.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape pun jdi, harus la selamat kan nyawa anak dlu.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak 1st czer sbb dah cukup 40weeks tapi tak de bukaan lansung..not even 1cm..
doc takut baby berak so dia induce...2 kali induce pon tak bukak jugak..
last2 kena emergency czer...
redha jerla janji baby selamat...
utk anak 2nd ni pon doc cakap kena czer sbb gap dgn anak pertama tak jauh..
tak sampai setahun pon...me masa baby umur 4bulan..me terpregnant balik...huhuh..
soo mmg doc tak kasi beranak normal kali ni...kena czer n tak perlu tunggu 40weeks pon...
38weeks doc ckp bole beranak dah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|