|
Kedatangan tetamu harus diraikan. Tidak semestinya dengan hidangan berat, menu ringkas sudah memadai asalkan ia air tangan sendiri. Finger food yang menjadi trend masa kini bukan sahaja nampak menarik ketika dihidangkan, tetapi juga digemari kerana tidak terlalu berat. Bingung memikirkan juadah yang sesuai, apa kata cuba resipi Cucur Udang ini...
Bahan-bahan: 250 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
½ sudu teh soda penaik
½ sudu teh serbuk kunyit
300-320 ml air
1 butir telur
1/2 labu bawang besar, di cincang
60 gm tauge, dibuang ekor
5 tangkai daun kucai, dihiris
1 biji cili merah, di cincang halus
300 gm udang sedang, dikupas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan sos: 3 biji cili merah, dibuang biji
1 ulas bawang putih, di cincang halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
60 ml air masak
Gula, garam secukupnya
Cara membuat:- Satukan tepung gandum, tepung beras, soda penaik dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan telur dan kacau sebati. Tambah air.
- Masukkan bawang, tauge, daun kucai dan cili. Akhir sekali masukkan udang, gaul sebati.
- Isikan adunan ke dalam senduk kecil dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos kan.
Tip:
Senduk kecil hendaklah dipanaskan di dalam minyak sebelum diletak adunan supaya tidak melekat dan bentuknya cantik.
mingguanwanita
|
|