Kuala Lumpur: Sebuah kereta Honda Civic yang dipandu laju hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh van di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, van yang dilanggar turut terbakar sebelum pengguna jalan raya bertindak menghubungi anggota bomba dan ambulan ke lokasi kejadian.
Insiden terbabit turut mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang 10 kilometer sehingga 11 pagi tadi.
Difahamkan, pemandu van berkenaan patah kaki manakala pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang turut menjadi mangsa hanya cedera ringan.
Lokasi kemalangan kembali pulih sedia kala jam 11.30 pagi tadi, namun keadaan trafik masih sesak di laluan berkenaan.
Sebelum ini, berita yang tersebar di media sosial mengatakan sebuah jejambat di laluan berkenaan runtuh adalah tidak benar.
TQ REENZ