View: 2691|Reply: 2
|
Elakkan Kanser, Periksa Payudara Anda
[Copy link]
|
|
Anda dapat merasai perubahan pada payudara apabila ia membengkak atau ‘tertekan’ kerana pemakaian coli yang terlalu ketat, tetapi adakah anda tahu bentuk payudara yang normal? Sebuah kempen yang diadakan di luar negara mewujudkan kesedaran kepada kaum wanita tentang bentuk, saiz, dan keadaan payudara yang normal, supaya mereka segera menyedari jika terjadi sesuatu yang tidak kena padanya. Jadi bagaimana sebenarnya cara untuk memeriksa jika terdapat perubahan pada payudara ya?
Anda perlu memeriksa payudara sekurang-kurangnya sebulan sekali. Pemeriksaan terbaik dilakukan dalam tempoh tujuh ke sepuluh hari sebelum haid akan datang. Jika anda tidak datang haid, periksa pada hari pertama setiap bulan.
Cara-cara memeriksa payudara:-
*Semasa mandi
Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan atau ketulan keras di payudara anda.
*Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan jika terdapat sebarang perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara.
Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Secara perlahan-lahan picit puting anda dan lihat jika ada cecair yang keluar. Periksa sama ada cairan tersebut jernih atau disertai darah.
*Ketika berbaring
Letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala untuk memeriksa payudara sebelah kanan. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.
Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dan rasakan jika terdapat sebarang ketulan pada bawah atau sepanjang atas tulang selangka anda.
kredit:rapi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|