View: 1725|Reply: 5
|
Lebih Empat Juta Rakyat Malaysia Merokok Setiap Hari
[Copy link]
|
|
sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/
Tinjauan pada 2011 oleh Kajian Perokok Dewasa Global (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari.
Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid, tinjauan itu menunjukkan bahawa bilangan perokok tersebut terdiri daripada 39.9 peratus lelaki dewasa dan 0.7 peratus wanita dewasa.
"Antara 10 dan 15 peratus atau lebih 100,000 kematian setiap tahun di negara ini disebabkan penyakit berkaitan dengan merokok."
Pengguna tembakau bertanggungjawab menyumbang kepada apa yang sebaliknya boleh dicegah, kata beliau ketika menutup Seminar Mengenai Bahaya Merokok sebentar tadi.
Seminar itu dianjurkan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah dan dihadiri kira-kira 200 pelajar sekolah menengah, guru-guru, penjawat awam dan persatuan ibu bapa.
Jainab berkata asap rokok boleh menyebabkan kematian kepada lebih lapan juta manusia setiap tahun pada 2030.
Beliau turut memberi amaran bahawa merokok dalam kalangan remaja adalah satu trend yang membimbangkan dan jika tidak dikawal boleh menjadi semakin buruk pada masa hadapan. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi tidak termasuk Matt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ni dh ada kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
membazir je... effect kesihatan pulak tu... katakan tidak pada rokok |
|
|
|
|
|
|
|
Mana dia tau 4juta org isap okok? xde sapa tanya aku pon isap ke x |
|
|
|
|
|
|
| |
|