CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7220|Reply: 74

[Tempatan] Aduan Terhadap Surau Bersifat Kurang Ajar

[Copy link]
Post time 10-9-2015 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Aduan Terhadap Surau Bersifat Kurang Ajar
Posted on September 10, 2015 by Editorial|



                                Kuala Lumpur – Biro Agama UMNO Selangor menyifatkan tindakan seorang wanita yang membuat aduan terhadap sebuah surau di taman perumahan Juru, Pulau Pinang sebagai kurang ajar.

Melalui salinan surat yang dimuatnaik di laman Facebook tersebut, tindakan wanita itu tidak sepatutnya berlaku kerana menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

“Lihatlah kebiadapan dan keberanian mereka semakin menjadi-jadi. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu tunjukkan kekuatan dan maruah kita. Kita ajar mereka yang kurang ajar,” ujar status yang dimuatnaik oleh pengendali laman tersebut.

Menerusi surat aduan yang di hantar kepada Adun Padang Kota itu, wanita tersebut menyenaraikan lima aduan berhubung surau tersebut sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

Antara aduan itu suara pembesar surau itu terlalu kuat pada Subuh, memainkan lagu menerusi pembesar surau, pembinaan dinding lebih 6 kaki tanpa sokong binaan, panpan tanda surau di simpang jalan tanpa kebenaran MPSP dan pembuangan sampah dan barnag binaan ditepi jalan dan surau.

Aduan yang dilaporkan oleh wanita Cina yang bernama Mary Soon itu turut mendapat perhatian YB Chow Kon Yeow Adun Padang Kota, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pulau Pinang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 07:38 PM | Show all posts
bersalahkah warga cina itu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 07:41 PM | Show all posts
Antara aduan itu suara pembesar surau itu terlalu kuat pada Subuh, memainkan lagu menerusi pembesar surau, pembinaan dinding lebih 6 kaki tanpa sokong binaan, panpan tanda surau di simpang jalan tanpa kebenaran MPSP dan pembuangan sampah dan barnag binaan ditepi jalan dan surau.


Siapa yg kurang ajar? Jika aduannya tak masuk akal mmglah kurang ajar, tapi yg kurang ajar kata macam ini

Lihatlah kebiadapan dan keberanian mereka semakin menjadi-jadi. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu tunjukkan kekuatan dan maruah kita. Kita ajar mereka yang kurang ajar,” ujar status yang dimuatnaik oleh pengendali laman tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang lagu guna pembesar suara luar ke? Mmg surau tu kurang ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat aduan guna saluran yang betul. Tapi sbb pengadu non muslim terus up dekat fb then salahkan pengadu.

Dasar melayu racist. Baca aduan tu ada asas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:08 PM | Show all posts
pasang lagu ape? hindustan? opera cina?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 08:25 PM | Show all posts
aku rase ayat quran kot lagu yg dimaksudkan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:32 PM | Show all posts
Umat Islam sendiri di serata dunia pun ade mengadu pasal pembesar suara di kawasan kediaman. Melayu pun ade yg mengadu bayinya terjejas teruk.

Kalau stetmen dari Amno, memanglah gayanya Cina itu kurang ajar dan perlu diajar. Dah lama tunggu chance dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 10-9-2015 08:25 PM
aku rase ayat quran kot lagu yg dimaksudkan...

nasyid kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat malaysia ni melayu ja yang betul. Melayu ja yang kena dihormati. Apa yang melayu buat jangan persoal.

Keturunan indon caprut
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:36 PM | Show all posts

dia ingat camtu lah
lebih kurang mcm kwn sebangsanya buddist selalu chanting ngan ayat2 keramat bila ade kematian
menyangka lagu tu la kot

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 10-9-2015 08:36 PM
dia ingat camtu lah
lebih kurang mcm kwn sebangsanya buddist selalu chanting ngan ayat2 keramat b ...

boleh jadi

tapi tak faham, perlu ke surau duk pasang lagu2 nasyid ke zikir ke guna speaker luar

pengalaman masa bulan puasa haritu, surau dekat rumah pasang zikir dan qiam guna speaker luar..tapi sekali je la, mungkin tersalah on suis
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:42 PM | Show all posts
Sikit sikit sentap,siasat la dulu aduan tu berasas ke tak..ni ketuanan melayu kehulu kehilir like u own the world
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada logik juga komplain ah soh tu... Kdg2 surau atau masjid pasang speaker terlalu kuat... Kalau azan tu tak jd masalah.... Tp ceramah agama yg kedengaran marah2 mcm nak bergaduh pun pasang kuat2 ( knp typical tazkirah di masjid dan surau biasanya ckp mcm marah2 ekk, takleh ke tazkiran dibuat dgn nada penuh gentlemen).... Pastu pasang speaker kuat2 oun bukannya penduduk sekitar boleh paham pun... Tak jelas bunyi perkataan satu persatu... No point... Hanya mengganggu... Kalau penduduk nak dgr ceramah boleh pergi ke masjid....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 08:50 PM | Show all posts
aku sokong azan je guna speaker luar. bacaan Quran, zikir, nasyid dsb sepatutnya guna speaker dlm je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 08:53 PM | Show all posts
Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

http://drmaza.com/home/?p=1339
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yahla nk batu api sgt....
Sj nk kasi pnas cina ngan melayu.. :
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 10-9-2015 08:08 PM
pasang lagu ape? hindustan? opera cina?

Kalau opera cina  dia x komplin la kut lol
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ko buat dinding haram, buang pulak sampah merata rata, guna speaker luar utk ceramah zikir semua sapa x   komplen

Jgn la sbb nama islam terus semua boleh buat, walaupun perangai hazab.

nabi cukup jaga orang sekeliling, doa pun x bagi kuat kuat takut orang sebelah tak boleh nak doa utk diri dia atau terganggu solat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 08:36 AM | Show all posts
obelisk replied at 10-9-2015 08:50 PM
aku sokong azan je guna speaker luar. bacaan Quran, zikir, nasyid dsb sepatutnya guna speaker dlm je

setuju banget dengan sis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.147395 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list