CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 15

[Tempatan] EDISI AIDILADHA:PLUS Keluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan

[Copy link]
Post time 22-9-2015 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Aidiladha: PLUS Keluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan                                Sep 21, 2015                192



26Shares


KUALA LUMPUR – Plus Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan menggesa orang ramai mematuhinya bagi mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan semasa cuti perayaan Aidiladha.

Menurut kenyataan PLUS hari ini, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dijangka bertambah bersempena perayaan Aidiladha yang disambut Khamis ini dan mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan antara 23 hingga 27 Sept dinasihat agar mematuhi TTA.

Mereka dari Lembah Klang dan menuju ke bandar raya utama antara 23 dan 27 Sept dinasihat untuk memulakan perjalanan seperti jadual berikut:

* Antara 6 pagi dan 8 pagi untuk ke Kangar, Alor Setar, Johor Baharu dan Kota Tinggi.

* Sebelum tengah hari untuk ke Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar.

* Antara tengah hari dan 2 petang untuk ke Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Melaka.

* Antara 2 petang dan 6 petang untuk ke Ipoh dan Alor Gajah.

* Selepas 6 petang untuk ke Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban.

Cadangan TTA bagi perjalanan dari bandar raya utama menuju ke Lembah Klang adalah seperti berikut:
* Antara 6 pagi dan 8 pagi untuk ke Kuala Kangsar, Alor Setar, Johor Baharu dan Kota Tinggi.
* Antara tengah hari dan 2 petang untuk ke Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Ipoh, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Alor Gajah.

* Selepas 6 petang untuk ke Jasin, Melaka, Kuala Pilah, Port Dickson, Seremban, Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini aliran trafik daripada PLUS di talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000, laman Twitter PLUSTraffik atau memuat turun aplikasi PLUS Mobile menerusi telefon pintar.

TTA ialah jadual perjalanan berperingkat dicadangkan PLUS bertujuan mengelakkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan rawat dan plaza tol, yang sebelum ini terbukti berjaya melancarkan aliran trafik semasa waktu puncak. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 08:23 AM | Show all posts
balik kg .... x balik, kerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:26 AM | Show all posts
Aku akan bertolak balik pagi esok
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:36 AM | Show all posts
tak balik raya haji thn ni...keje jgk

kebetulan plk dgn cuti sekolah..confirm jem nk blk kl semula
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ke amik cuti sempena raya aidiladha ni? Hooray cuti lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:39 AM | Show all posts
errr...tak tau dpt balik ke idak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
On the way....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:00 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
esok mst jem giler2 punya.
penah try blk mlm raya kesudahannya tido kt tepi jln kt rnr
masa tu kul 2-3 pg. lelap sekejap dlm 15-30 minit supaya xletih sgt maklumlah dhlah blk kg lps penat blk kije kan.
paling sedih sbb jem teruk tu lah huhuhuuu berjam2 atas jln.
nasihat iols baik blk pg raya jela kalo dh blk mlm raya smpai kg pun kul 3-4 pg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 10:22 AM | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2015 12:26 AM
Aku akan bertolak balik pagi esok

balik mana uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 10:23 AM | Show all posts

awalnya mommy jem tak time nih?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 22-9-2015 10:23 AM
awalnya mommy jem tak time nih?

Alhamdulillah setakat ni ok lagi jalan ni..xjem..tapi kami plan nak singgah tdo kat tambun...bawa anak2 mandi..insyaallah..tu yg saja kuar awal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 10:30 AM | Show all posts
yg ni cam tak betul la...

"Cadangan TTA bagi perjalanan dari bandar raya utama menuju ke Lembah Klang adalah seperti berikut:
* Antara 6 pagi dan 8 pagi untuk ke Kuala Kangsar, Alor Setar, Johor Baharu dan Kota Tinggi.
* Antara tengah hari dan 2 petang untuk ke Kepala Batas, Butterworth, George Town, Bayan Lepas, Ipoh, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Alor Gajah.

* Selepas 6 petang untuk ke Jasin, Melaka, Kuala Pilah, Port Dickson, Seremban, Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim.

dari bandar besar ke lembah klang/KL.. tp details cakap KE kuala kangsar, alor star.....




Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 10:44 AM | Show all posts
tu jer la yg PLUS pandai buat... tiap2 tahun setakat kuarkan jadua jer... takder alternative solution pun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 02:52 AM | Show all posts
plus shuld do sumthing better
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 22-9-2015 10:22 AM
balik mana uols

Ke pantai timur kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052459 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list