|
|

sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mempertahankan Perhimpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah disifatkan sebagai menghina orang Melayu.
Malah, pendirian Najib yang menyokong perhimpunan berkenaan sebelum ini juga turut dianggap seperti mengkambing hitamkan golongan bukan Melayu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ucapan Perdana Menteri baru-baru ini kepada Persatuan Silat Negara yang mempertahankan sikap perkauman adalah sesuatu yang sangat memalukan.
Menurutnya, Najib langsung tidak mempedulikan tugasnya sebagai seorang pemimpin dengan demi menyelamatkan kerjaya politik peribadinya.
Dalam pada itu, Nik Nazmi menggesa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya menyatakan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak dengan pendapat Najib itu.
Berita selanjutnya : freemalaysiatoday.com |
|