View: 3082|Reply: 5
|
Apple Store Brussels Yang Direka Oleh Sir Jony Ive
[Copy link]
|
|
Sir Jonathan “Jony” Ive ialah individu yang bertanggungjawab mereka kesemua peranti rekaan Apple sejak tahun1998 bermula dengan iMac G3. Beliau kemudian dipertanggungjawabkan mereka iMac baru, MacBook, iPod, iPad dan iPhone. Ini adalah sebab kenapa kesemua produk Apple mempunyai rekaan yang seragam. Jika anda menyukai produk Apple, anda perlu berterima kasih kepada beliau kerana mencipta produk yang cantik dipandang serta ergonomik untuk digunakan. Selepas dinaikkan pangkat ke Chief Design Officer, beliau mula melepaskan tanggungjawab mereka kepada pereka baru seperti Mark Newson. Ini tidak bermakna beliau tidak lagi dapat menghasilkan rekaan untuk Apple.
Apple Store yang baru sahaja dibuka di Brussels, Belgium hari ini adalah usaha sulung beliau di dalam bidang seni reka bangunan. Seperti produk rekaan beliau, Apple Store baru ini mempunyai rekaan minimalis dengan penggunaan ruang yang menarik. Dinding kaca melengkung dipadankan dengan rekaan dalaman yang menggunakan pencahayaan semula jadi. Produk jualan seperti cangkerang dan Apple Watch diletakkan di dalam laci, tidak dibiarkan terbuka. Apakah pendapat anda tentang rekaan dalaman Sir Jony Ive? Adakah sebaik rekaan peranti rekaan beliau?
Sumber Dezeen
-blogserius-
|
|
|
|
|
|
|
|
canggih lah rekabentuk dan hiasan dalamannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik gak decornya simple dan luas |
|
|
|
|
|
|
|
bila masuk ade feeling wide space.terasa lapang.pastu pembeli rasa macambyk pilihan bila jam tu susun macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
rindu brussel![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
suka brussel. orang dia good looking. drpd 10 orang yg lalu, 9 orang ensem best cuci mata sambil makan belgian waffle ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|