Kuala Lumpur: Hanya dalam tempoh dua jam berkenalan, seorang wanita warga asing berjaya merakam video bogel seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sebelum mengugut mangsa dalam kejadian 25 September lalu.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ling,17, mengaku dia mula mengenali gadis warga Filipina yang berusia 19 tahun itu melalui laman sosial Facebook.
“Saya hanya berbual dengan wanita berkenaan melalui Facebook sebelum dia meminta saya menghubunginya menggunakan aplikasi Skype.
“Dalam tempoh perkenalan selama dua jam itu, wanita itu membuka pakaian sebelum mengarahkan saya melakukan perkara sama,” katanya.
Menurutnya, dia yang terpedaya dengan pujuk rayu gadis berkenaan hanya mengikut arahan sebelum dia menyedari aksinya dirakam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 7:35 AM
« »
MICHAEL (kiri) mendengar masalah Ling pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80918#sthash.B5E2fzsh.dpuf
|