View: 5449|Reply: 8
|
Trend Jejaka Kepala Botak Semakin 'IN'!
[Copy link]
|
|
Jangan risau jika anda mula mendapati rambut anda semakin nipis. Membotakkan kepala adalah helah terbaik daripada terus munculnya 'pulau' di tengah kepala. Siapa kata jejaka berkepala botak itu hodoh dan tidak boleh bergaya?
Pelakon Hollywood seperti Bruce Willis, Jason Statham dan Vin Diesel manakala model terkenal Tyson Beckford adalah bukti lelaki-lelaki maskulin yang selesa dengan imej berkepala botak. Tidak kira bentuk tubuh, warna kulit atau apa saja alasan, lelaki berkepala botak tetap mempunyai aura tersendiri.
Untuk mengelak rambut yang nipis dan sedikit kelihatan ketara, membotakkan kepala adalah pilihan tepat. Anda boleh lakukan sendiri tanpa perlu ke salun rambut. Pemilihan pencukur elektrik atau penggunaan bateri bukan satu masalah asalkan pencukur anda mempunyai pisau pelarasan dari tahap 1 hingga tahap lima.
Jika anda mempunyai rambut yang panjang, cuba cukur rambut anda bermula dengan pelarasan tahap empat atau lima. Apabila sudah pendek, barulah cukur kepala anda dengan tahap 1 untuk lebih kemas dan rata. Jika anda mahu lebih pendek, turunkan ke tahap 0.5.
Bersedia untuk botak? Pastikan anda mencukur dengan arah yang betul dan berhadapan dengan cermin. Tidak ada salahnya jika anda mahu mencukur kepala anda di bawah pancuran air mandi kerana ia membantu membuka pori-pori anda menjadikan pencukuran lebih mudah.
Selesai mencukur, basuh kepala anda dengan air sejuk dan sapu pelembap untuk menenangkan kulit dan mengurangkan iritasi. Periksa belakang kepala dan tengkuk anda menggunakan cermin belakang untuk memastikan tidak terdapat bulu halus pada belakang leher. Memandangkan anda sudah botak, wajah anda akan lebih menjadi tumpuan! Untuk tampak lebih kemas, jangan lupa perkemas bulu hidung, telinga dan kening anda.
Untuk lebih tampil bergaya, pemilihan seluar gaya chino, kemeja vintaj serta kaca mata hitam gaya Aviator adalah padanan 'umphh'. Ikon lelaki botak masa kini boleh dilihat pada jejaka bernama Milan Vukmirovic, seorang Pengarah Kreatif di Jil Sander and Trussardi 1911 dan juga seorang jurugambar fesyen terkenal yang bijak memperagakan imej formal sehinggalah 'smart casual'.
Ada sesiapa yang mahu membotakkan kepala tahun ini?
-maskulin-
|
|
|
|
|
|
|
|
belum ada keberanian nk botakkan rambut.... |
|
|
|
|
|
|
|
kena tgk gak bentuk muka... tk semua org sesuai style botak...tp me suke gak org laki botak ni.. mcm seksi gitu... haha
|
|
|
|
|
|
|
|
i pun suka tengok lelaki botak..tapi yang macho la |
|
|
|
|
|
|
|
Bald is sexyy |
|
|
|
|
|
|
|
pic yg kt atas tu mg merecik uollss... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak-budak bermain kotak,
Kotak dimain oleh budak-budak,
Jangan bermain dengan yang botak,
Dengan yang botak jangan dimain-main.
Oleh: We Ismae Golok
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka lelaki botak..
xtau nape..sexy kot |
|
|
|
|
|
|
|
x suka... harap hubby rambut lebat sampai tua... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|