View: 4164|Reply: 13
|
[Siri 1] Lawatan Insentif Ke Korea, Bekerja Sambil Melancong!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Korea merupakan negara yang penuh dengan sejarah, budaya serta trend yang mampu menarik perhatian pelancong korporat dan insentif.
Bekerja sambil melancong di Korea kini lebih mudah bagi lawatan korporat serta insentif dengan pelbagai pakej terbaik yang membawa anda ke pelbagai lokasi unik di Korea.
K-Beauty bersama Hanbok Show
Selami keanggunan busana tradisi Korea di Korea Traditional Hanbok Show. Nikmati hari yang penuh dengan ciri elegan apabila anda diperagakan dengan pakaian tradisi ini bagai seorang model. Terokai K-Beauty dengan khidmat nasihat daripada pakar kecantikan dan alami transformasi yang pasti akan menyerlahkan keanggunan anda.
Kemahiran Kerja Berpasukan
Jika kemahiran kerja berpasukan adalah agenda utama bagi acara korporat organisasi anda, Korea menawarkan pelbagai program yang menggabungkan permainan tradisi, acara sukan, ‘survival games’ serta aktiviti yang memupuk sifat kerjasama di Gyeonggi-do, Seoul dan Jeju-do.
Aktiviti Istimewa dan Lokasi Menarik
Untuk anda yang gemarkan adventure atau aktiviti lasak, antara tempat-tempat menarik yang pasti akan mengepam adrenalin dalam diri anda termasuk Zipline di Gangwon-do, aktiviti perahu layar di Jeju-do, Busan dan Gyeonggi-do; atau aktiviti menaiki kapal selam di Jeju-do.
Penggemar subjek budaya pasti akan terhibur dengan K-pop Hologram Concert di Seoul atau Cheongdo Wine Tunnel di Gyeongsangbuk-do. Peminat wain dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti memetik anggur atau bersantai dan rehat sambil menikmati wain dan khidmat urut di Chungcheongbuk-do.
Sukan
Korea dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bagi peminat sukan. Berakit di Gangwon-do, berbasikal di Hangang, atau lawati Jeju-do dan Gangwon-do untuk bermain golf. Aktiviti berkuda merupakan sesuatu yang amat digemari di Jeju-do, Gyeongsangbuk-do serta Seoul. Bukan itu sahaja, penggemar sukan equestrian juga boleh berkuda di pantai Anmyeondo yang terletak di sepanjang Chungcheongnam-do, Gyeongsangbuk-do dan Jeollabuk-do.
Adakah anda seorang peminat sukan air? Andongho – Gyeongsangbuk-do and Chungjuho – Chungcheongbuk-do adalah lokasi popular untuk aktiviti menyelam; dan terbang seperti burung dengan aktiviti paragliding di AIRAGE Gyeonggi-do serta Korea PARA School di Gyeonggi, Yeongwol di Gangwon-do, Danyang di Chuncheongbuk-do atau Gimhae di Gyeongsangnam-do.
**Bagi perancang pelancongan insentif atau syarikat korporat yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau penganjuran lawatan insentif ke Korea, sila hubungi Korea Tourism Organization (KTO) di Kuala Lumpur. KTO turut menyediakan pembentangan serta sesi perbincangan berkenaan butiran atau maklumat terperinci tentang lokasi serta aktiviti yang boleh disenaraikan dalam jadual lawatan untuk memberikan peserta lawatan insentif pengalaman luar biasa di Korea.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, hubungi 03-2143 9000 atau emel [email protected] atau layari laman web KTO di www.visitkorea.com.my.
- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
korea ko tunggu ...aku dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Tau x rumah Kwang Soo kat mana TT? |
|
|
|
|
|
|
|
nak pergi korea sekali lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
nak pegi koreaaaa jugakkk |
|
|
|
|
|
|
|
teringin jugak nak gi korea |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak cari rumah kwang soo???heheehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Korea memang terkenal dengan aktiviti outdoor terutamanya bagi syarikat-syarikat luar dan dalam negara mereka sendiri.
Saya sendiri bekerja di syarikat di korea dan mereka sangat aktif dengan aktiviti luar seperti hiking, marathon, kayak dsb. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the good info |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for the good info |
|
|
|
|
|
|
|
wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|