CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11351|Reply: 36

Shaheizy Sam Dianggap Tidak Hormat Majlis Pakai Baju T 'Polis Evo'

[Copy link]
Post time 30-9-2015 12:53 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam menganggap langkahnya hadir pada majlis-majlis hiburan dengan hanya memakai baju T untuk mempromosi filem Polis Evo berbaloi apabila karya tersebut berjaya mengutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, berkata, biarpun dia pernah dianggap tidak menghormati majlis, namun dia sedar apa yang dilakukannya itu sedikit sebanyak membantu memperkenalkan filem tersebut.

"Ada orang cakap saya tidak hormat majlis kerana pakai baju T murah di majlis-majlis hiburan antaranya ketika menghadiri majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) baru-baru ini.

"Orang ramai cuma nampak pengorbanan saya kuruskan badan sahaja, tapi mereka tidak tahu itulah sebenarnya (berbaju T) pengorbanan saya yang orang tidak nampak, biarlah orang cakap saya malukan diri sendiri di majlis-majlis hiburan," ujarnya kepadamStar Online pada sidang media filem Rembat, di Cineleisure, di sini, pada Selasa.

Sam diminta mengulas mengenai pencapaian filem Polis Evo yang berjaya meraih RM8 juta dalam tempoh 11 hari ketika dunia perfileman tempatan menunjukkan kesuraman.

Barisan pelakon dan mereka yang terlibat dalam filem Rembat.


Dalam pada itu, Sam berkata dia juga tidak mahu orang ramai meletakkan kejayaan tersebut hanya tertumpu kepada penampilannya semata-mata.

Jelasnya, kejayaan filem tersebut adalah disebabkan jalan cerita dan pengarahnya iaitu Ghaz Abu Bakar yang bijak membuat percaturan.

"Jangan letakkan saya seorang sahaja punca kejayaan filem ini, ia adalah kerja produksi terutama pengarah yang berjaya mencari sesuatu yang terbaik untuk kejayaan filem ini.

"Selain itu, apa yang saya belajar sesuatu filem yang berjaya itu tidak boleh dihasilkan dengan bajet rendah kerana kena keluar bajet tinggi untuk cari pengarah, pelakon dan promosi yang bagus," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang filem Rembat pula Sam berharap populariti filem Polis Evo mampu memberi tempias terhadap filem baharu lakonannya itu.

"Filem Rembat mempunyai genre berbeza daripada Polis Evo, saya harap peminat dapat memberi sokongan terhadap filem ini juga.

"Saya harap juga sedikit sebanyak populariti Polis Evo juga memberi tempias kepada filem ini," katanya.

Filem Rembat arahan Shamyl Othman bakal ditayangkan pada 8 Oktober depan di seluruh pawagam tanah air.

Filem terbitan Red Films, Grand Brilliance dan Marna Films ini turut dibintangi oleh Aniu, Zara Zya, Zizan Razak, Arja Lee dan Sherry Alhadad.


-mSTAR Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 12:59 PM | Show all posts
Alang2 dah sado tu, tolong shirtless sekali ke majlis hiburan. Konfem menang ABP lg tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:09 PM | Show all posts
dan2 lah kuar citer pkai tshirt ni
sbab dpat collect 8 juta
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:28 PM | Show all posts
Baru nak kata..dh dpt 8juta bolehla nak cakap apa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakaj lah tshirt ke apa ke..kalau dah katik tu katik juga lah

Ada hati nak tayang body
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:31 PM | Show all posts
kalau sam tinggi sket mesti lg rmai pemenet n bleh jd hero yg serius

sbb skrg ketinggian x brape nak ade...

body x dah cantek dah sejak pulis ebo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2015 01:34 PM | Show all posts
alasan taik kucing kentot
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Paper metro arini, dah la katik, pakai pula sneakers hi-cut
Mmg nampak lg pendek la kakinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 02:31 PM | Show all posts
sape yang komplen tu?
ntah2 saje je buat cite ..cissss
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:44 PM | Show all posts
Kat malaysia ni, kalau cerita boring mcm filem preview kat cannes yg mr bean holiday tu sekalipun, letak muka2 yg ramai followers ni, mesti juta2 gak kutip... Cuba bayangkan aaron aziz berlakon filem cinta beruang yg nabil hero tu... Mau 10juta kutip... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:48 PM | Show all posts
body sam dalam citer evo dh cukup sexy dah.. takyah nak sadokan lagi macam zul ripin.. confem muntah nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:52 PM | Show all posts
pakai T je x sarung jaket or kot memang nampak selekeh
x salah nak pakai
tp add another piece of baju..shud be ok kalau x smart or melawa sgt pun

nak jugak sebut 8 juta
ye ke 8 juta?? mcm x caya je

sorry
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
johnazizul replied at 30-9-2015 04:44 PM
Kat malaysia ni, kalau cerita boring mcm filem preview kat cannes yg mr bean holiday tu sekalipun, l ...

Tapi movie2 fazura tetap flop walau dia ramai followers
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sam ni kalo kat dpn aku .aku ketuk ketuk kepala dia kasi katik lagi...her her her
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 05:34 PM | Show all posts
katik nau2 ke shaheizy sam ni? brapa tggi dia? iols tgok dlam gmba kt atas heols ngn arja lee mcm hampir sama je tggi
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 05:47 PM | Show all posts
nak tau sapa lakonkan watak koperal yg kat balai tu dgn misai tu... comel je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 05:50 PM | Show all posts
yipun_78 replied at 30-9-2015 05:47 PM
nak tau sapa lakonkan watak koperal yg kat balai tu dgn misai tu... comel je

kak yip, kopral misai tu penisnya bakalan jd hak milik jihan muse
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 06:08 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 30-9-2015 05:50 PM
kak yip, kopral misai tu penisnya bakalan jd hak milik jihan muse

bakal di cop mohor oleh jihan muse
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 06:11 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 30-9-2015 05:50 PM
kak yip, kopral misai tu penisnya bakalan jd hak milik jihan muse


tapi comel dan watak dia selamba je.. Zizan nampak tua dlm muvi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 06:12 PM | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 30-9-2015 06:08 PM
bakal di cop mohor oleh jihan muse



apa nama dia? nak cari pix dia pakai uniform polis......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044637 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list